9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU keseluruhan RM34 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU keseluruhan RM34 bilion

9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU keseluruhan RM34 bilion

29 Ogo 2022

Negara menerima pelaburan keseluruhan RM34 bilion susulan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan sembilan syarikat tempatan bersama konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holdings Group (Ajlan) hari ini.

Sembilan syarikat itu adalah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd dan My Events Sdn Bhd.

MoU itu membabitkan pelaburan dalam sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerjasama ini membuktikan Malaysia kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama dunia yang turut menjadi kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, kerjasama syarikat Malaysia bersama Ajlan ini juga berupaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Pelaburan berimpak tinggi ini amat penting bagi memacu negara serta seluruh Keluarga Malaysia pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri turut menyaksikan MoU membabitkan sembilan syarikat tempatan itu bersama Ajlan yang berlangsung di The Ritz Carlton, di sini.

Pada majlis itu, Ajlan diwakili Timbalan Pengerusinya, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan.

Ajlan yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi, adalah sebahagian daripada konglomerat multinasional yang ditubuhkan pada 1979 dengan pelaburan ekuiti persendirian global, hartanah dan perindustrian yang meluas.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon