Malaysia terus giatkan usaha perkukuh sentimen pelabur asing – Tengku Zafrul
04 Okt 2022
Kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengukuhkan sentiment pelabur asing terhadap Malaysia menerusi perlaksanaan dasar-dasar yang berupaya meningkatkan daya tarikan negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.
Menteri kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah meningkatkan tumpuan untuk menggalakkan pelaburan ke dalam industri membangun dan melaksanakan rangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.
“Risiko berkaitan hutang luar korporat juga kekal terurus,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri semasa persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) yang meminta kementerian tersebut untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangani risiko melibatkan pertukaran asing. Menurut Tengku Zafrul, tiada penyelesaian mudah atau cepat bagi menangani cabaran yang dihadapi olrh nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
“Namun, BNM telah mengambil langkah-langkah menggunakan instrument dasar operasi bagi memasitikan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing,” katanya.
Sumber: Bernama