Indium Corp bina kemudahan pembuatan di Pulau Pinang - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Indium Corp bina kemudahan pembuatan di Pulau Pinang

Indium Corp bina kemudahan pembuatan di Pulau Pinang

23 Okt 2022

Indium Corporation, pembekal bahan global untuk industri pemasangan elektronik dan pembungkusan semikonduktor berpangkalan di Amerika Syarikat, mengembangkan operasinya dengan mewujudkan kemudahan baharu di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP).

Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Ross Berntson berkata, kemudahan baharu berkeluasan 37,500 kaki persegi itu akan menghasilkan pelbagai produk pateri dan tampal pateri, termasuk bahan bagi pemasangan elektronik, e-mobiliti, elektronik kuasa dan pembungkusan termaju untuk pasaran semikonduktor.

“Dengan kedudukan yang strategik di BKIP, kemudahan itu akan menawarkan kira-kira 100 peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan kemudahan itu.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Berntson berkata, syarikat itu berbesar hati untuk meneruskan perjalanan melaksanakan perniagaan selama lebih 40 tahun di Malaysia menerusi kemudahan pembuatan baharunya di Pulau Pinang.

Beliau berkata kemudahan itu akan membolehkan syarikat meningkatkan lagi sokongan kepada pelanggan, antaranya dalam sektor automotif, semikonduktor, elektronik kuasa, e-mobiliti dan pengkomputeran.

Pembinaan kemudahan pembuatan baharu syarikat akan turut menyokong rantaian bekalan tempatan di Malaysia dan membuka peluang-peluang baharu bukan sahaja kepada industri logam, malah terhadap industri jentera dan peralatan, automotif, elektrik dan elektronik serta semikonduktor, kata Berntson.

Beliau berkata syarikat akan terus mengembangkan kapasiti pengeluaran untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Malaysia dan negara lain di rantau ini termasuk Thailand dan Vietnam.

Sementara itu, Chow dalam ucapannya berterima kasih kepada Indium Corporation kerana terus memberikan sokongan dan keyakinan menerusi pembinaan kemudahan pembuatan di Pulau Pinang.

“Keputusan pelaburan oleh syarikat ini adalah pengiktirafan terhadap bakat berkemahiran, infrastruktur yang dibangunkan dengan baik serta persekitaran perniagaan yang berdaya tahan di negeri ini,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon