Unit Kelington bina loji gas karbon dioksida kedua di Kerteh - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Unit Kelington bina loji gas karbon dioksida kedua di Kerteh

Unit Kelington bina loji gas karbon dioksida kedua di Kerteh

11 Nov 2022

Ace Gases Sdn Bhd, anak syarikat 97.19 peratus milik Kelington Group Bhd, akan melabur RM45 juta untuk membina loji pemulihan gas karbon dioksida kedua di Kerteh, Terengganu (P2).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata P2 akan dibina dan dipasang di tapak sedia ada di Kerteh (P1) bagi menghasilkan karbon dioksida cecair (LCO2) untuk gred minuman.

“Pembinaan tambahan 70,000 tan setahun di kemudahan pengilangan LCO2 akan dimulakan pada Disember 2022, dan dijangka siap menjelang Disember 2023,” kata kumpulan itu.

Kelington berkata, P1 pada masa ini beroperasi pada lebih 80 peratus kapasitinya dan ia adalah masa yang sesuai untuk melabur dalam P2 bagi mendapatkan peluang baharu pada masa hadapan.

Pertumbuhan dalam perniagaan gas perindustrian dijangka menyediakan pendapatan berulang yang stabil kepada kumpulan.

Ia menambah, pelaburan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kelington untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon