MTDC jangka perjalanan teknologi lebih pesat, perkembangan ekosistem keusahawanan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MTDC jangka perjalanan teknologi lebih pesat, perkembangan ekosistem keusahawanan

MTDC jangka perjalanan teknologi lebih pesat, perkembangan ekosistem keusahawanan

08 Dis 2022

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menjangka perjalanan teknologi di negara ini akan membangun dengan lebih pesat, disokong oleh ekosistem keusahawanan yang semakin berkembang maju terutamanya daripada golongan muda.

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata semakin ramai anak muda kini menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang teknologi.

“Kita juga mengiktiraf ramai usahawan muda kerana mereka berani mengambil risiko untuk mengkomersialkan teknologi dan sanggup menunggu lama (untuk produk mereka berjaya dikomersialkan),” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun ke-30 MTDC yang bertemakan ‘Odyssey Beyond The Horizon’ pada Rabu.

“Pada masa depan, kami akan menuju ke arah reka bentuk cip. Kita berharap sebuah syarikat yang kita laburkan dalam bidang ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.

“Selain itu, mungkin terdapat tiga lagi syarikat yang dijangka disenaraikan (di Bursa Malaysia) pada suku pertama dan kedua pada 2023.

“Ia ialah TT Vision, sebuah syarikat yang terlibat dengan ‘machine vision solutions’ serta membangunkan automasi dan robotik. Selain itu, syarikat yang terlibat dalam industri 4.0 dan sebuah lagi syarikat perkhidmatan pembuatan kejuruteraan (belum dapat diumumkan nama syarikat),” katanya.

Pada majlis itu, MTDC meraikan perjalanan 30 tahun peranannya dalam membangunkan syarikat yang berteraskan teknologi dan pengkomersialan teknologi baharu termasuklah antara syarikat terawal yang mendapat pelaburan MTDC iaitu Globetronics Technology Bhd pada 1993.

Selain itu, ‘coffee table book’ bertajuk ’30 Techno Dream’ yang memaparkan 30 syarikat dari pelbagai peringkat kemajuan, saiz dan sejarah pelaburan turut dilancarkan sempena ulang tahun ke-30 MTDC.

Sehingga kini, MTDC telah membiayai dan melabur dalam lebih 850 syarikat Malaysia dan sebahagian daripadanya telah berjaya disenaraikan di bursa tempatan dan antarabangsa yang mencapai lebih RM1 bilion permodalan pasaran.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon