MITI sasar kekalkan sinergi, momentum dengan komuniti perniagaan – Tengku Zafrul - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MITI sasar kekalkan sinergi, momentum dengan komuniti perniagaan – Tengku Zafrul

MITI sasar kekalkan sinergi, momentum dengan komuniti perniagaan – Tengku Zafrul

16 Dis 2022

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasar untuk mengekalkan sinergi dan momentum dengan komuniti perniagaan terutamanya dalam usaha membantu mereka mendepani cabaran ekonomi.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI sentiasa terbuka dan bersedia  mendengar pandangan dan membantu memudahkan urusan komuniti perniagaan.

“Memulihkan keyakinan pelabur selepas pandemik terus kekal menjadi keutamaan utama bagi MITI,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau hari ini susulan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) baru-baru ini.

Tengku Zafrul berkata peranan dewan dan majlis perniagaan seperti AMCHAM dan Majlis Perniagaan AS-ASEAN dalam usaha-usaha ini adalah sangat penting.

“Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) memiliki hubungan politik dan ekonomi yang kukuh sejak kemerdekaan kita pada 1957.

“Oleh itu, saya amat berbesar hati membincangkan usaha-usaha untuk mengukuhkan hubungan ini dengan Duta AS ke Malaysia Brian McFeeters,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon