Manfaatkan perjanjian perdagangan tingkat eksport - Chin Tong - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Manfaatkan perjanjian perdagangan tingkat eksport – Chin Tong

Manfaatkan perjanjian perdagangan tingkat eksport – Chin Tong

08 Jan 2023

Malaysia boleh memanfaatkan perjanjian perdagangan yang telah ditandatangani dengan negara-negara lain untuk memperkukuh pembuatan dan meningkatkan eksport, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau berkata sektor pembuatan yang kukuh terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menyokong ekonomi dan pekerjaan yang baik kepada negara.

“Malaysia mencatat sumbangan sektor pembuatan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) di bawah 25 peratus dan sebelum ini kita mencatat lebih 30 peratus,” katanya kepada pemberita pada Forum Prospek Perniagaan CITYPlus 2023 di sini semalam.

Menurutnya Malaysia juga boleh menghasilkan dan melatih lebih banyak jenama tempatan serta meningkatkan pengeluaran produk buatan tempatan untuk pasaran global.

“Kita perlu membantu industri terutamanya PKS untuk berkembang dan melangkah ke peringkat global,” katanya.

Beliau berkata pengembangan PKS perlu dilengkapi dengan teknologi lebih baik serta tenaga kerja yang berkualiti.

“Sekiranya kita menghasilkan produk tempatan yang lebih baik, kita mempunyai akses pasaran yang akan menawarkan manfaat lebih besar. Saya optimis namun berhati-hati mengenai ekonomi secara keseluruhan dan sektor PKS pada 2023,” katanya. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon