Malaysia alu-alukan pelaburan industri tenaga - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia alu-alukan pelaburan industri tenaga

Malaysia alu-alukan pelaburan industri tenaga

22 Feb 2023

Malaysia secara aktifnya mengalu-alukan pelaburan dan perdagangan dalam industri tenaga daripada syarikat tempatan dan antarabangsa bagi menangani krisis tenaga dan memastikan keselamatan tenaga yang terjamin, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, komitmen negara untuk mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan dalam tenaga akan diteruskan, seperti yang dibuktikan melalui pembaharuan dalam liberalisasi pasaran gas dan akses pihak ketiga yang membolehkan pelbagai entiti mengakses dan menggunakan kemudahan gas Malaysia.

“Pagi ini, kami (berbincang) secara terperinci mengenai rancangan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU).

“Saya mendapat galakan daripada minat EU untuk mencari titik kerjasama di rantau yang berkembang pesat ini,” katanya dalam ucapan perasmian pada Persidangan Tenaga Serantau EU-Indo-Pasifik, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua kepimpinan EU dan Malaysia melihat krisis tenaga global sebagai satu kelebihan dan menggunakan peluang untuk mempercepatkan peralihan tenaga kedua-dua pihak.

“Wakil EU akan mengadakan mesyuarat di peringkat kerja yang lebih terperinci dengan PETRONAS pada Jumaat.

“Kami berharap dapat membangunkan perkongsian yang lebih mantap kerana Malaysia memiliki kedudukan yang unik dalam bidang gas asli cecair.

“Terdapat beberapa aspek strategik yang kami fokuskan, termasuk cara untuk mempercepatkan pembangunan tenaga hidrogen, dan PETRONAS telah pun berusaha untuk melancarkan beberapa kemudahan bagi tenaga hidrogen,” katanya.

Rafizi juga menyatakan bahawa kerajaan sedang merangka mekanisme baharu untuk mempercepatkan pengeluaran tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

“Kebanyakan permintaan untuk tenaga boleh diperbaharui di negara kita datang dari luar negara, terutamanya dari Singapura.

“Mekanisme ini sedang diperhalusi dan apabila kita mempunyai mekanisme yang baik, ia akan membolehkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui dipercepatkan,” tambahnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon