Seksyen Strategi Korporat dan Pengurusan Hasil
Fungsi Kami
- Mewujudkan fungsi khusus dalam MIDA untuk perancangan strategik jangka panjang, pembaharuan institusi, dan penjajaran prestasi, di samping meningkatkan kecekapan pentadbiran dan penyelarasan operasi;
- Meningkatkan rangka kerja tadbir urus korporat yang baik untuk memastikan pematuhan kepada peraturan dalaman dan luaran;
- Mengurus dan menyelia penubuhan, pelaksanaan, dan penilaian MOU/MOA antara MIDA dan rakan kongsi strategik;
- Menyelia, menyelaras dan menyusun strategi inisiatif mengenai penjanaan hasil MIDA yang sejajar dengan keperluan dan keupayaan MIDA;
- Mengenal pasti dan memupuk potensi strategi, mekanisme, dasar dan garis panduan penjanaan hasil MIDA disamping menggabungkan prinsip tadbir urus yang baik untuk mengekalkan amalan beretika dan bertanggungjawab; dan
- Menilai dan menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis trend industri, selain meneroka perkongsian dan kerjasama dengan organisasi lain untuk menemui aliran hasil baharu dan berpotensi untuk MIDA.