Capitaland Malaysia beli gudang RM39.7 juta diShah Alam - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Capitaland Malaysia beli gudang RM39.7 juta diShah Alam

Capitaland Malaysia beli gudang RM39.7 juta diShah Alam

16 Mei 2023

CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) telah memeterai perjanjian jual beli untuk memperoleh gudang logistik pegangan bebas bernilai RM39.7 juta di Shah Alam.

CapitaLand Malaysia REIT Management Sdn Bhd, pengurus CLMT berkata harga gudang yang terletak di Taman Perindustrian HicomGlenmarie itu sejajar dengan penilaian pasaran bebas sebanyak RM40.4 juta.

“Selaras dengan cadangan pengambilalihan, CMRM juga telah melaksanakan surat tawaran dengan peruncit fesyen mewah antarabangsa terkemuka untuk memajak sepenuhnya bangunan itu selama 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pajakan baharu itu dijangka bermula pada separuh pertama 2024 dan akan menjana pendapatan sewa kasar RM3.5 juta setahun dengan hasil anggaran 6.5%.

Di bawah perjanjian itu, CMRM juga akan mengubah harta logistik itu menjadi pusat pengedaran suhu terkawal dengan anggaran kos sebanyak RM14.6 juta.

Jumlah perbelanjaan pelaburan RM54.3 juta, termasuk harga belian RM39.7 juta, akan dibiayai sepenuhnya oleh pinjaman bank.

“Selepas transaksi, penggearan proforma CLMT akan meningkat daripada 44.3% kepada 44.8%, yang kekal di bawah 50% had kawal selia,” tambahnya.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka siap pada separuh kedua 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CMRM, Tan Choon Siang berkata kumpulan itu berbesar hati untuk mengukuhkan kehadiran logistik dengan pengambilalihan hartanah logistik kedua itu.

“Ia menekankan tumpuan kami untuk melaksanakan dan menyampaikan inisiatif pertumbuhan kumpulan bagi mendapatkan nilai dalam sektor ekonomi baharu yang berkembang pesat dan memanfaatkan peningkatan permintaan untuk infrastruktur logistik berkualiti tinggi di lokasi utama,” ujar beliau.

Menurut Choon Siang, pengubahan gudang itu kepada pusat pengedaran komitmen kumpulan dalam menyediakan penyelesaian hartanah yang menarik untuk penyewa.

“Pelaksanaan ini akan mempamerkan kepakaran pembangunan hartanah kumpulan justeru memacu penciptaan nilai untuk CLMT meningkatkan jejak logistiknya,” katanya.

Sumber: DagangNews.com

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon