NCIA promosi pelaburan di NCER semasa LIMA'23 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


NCIA promosi pelaburan di NCER semasa LIMA’23

NCIA promosi pelaburan di NCER semasa LIMA’23

23 Mei 2023

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan mempromosi peluang pelaburan dalam sektor aeroangkasa, maritim dan semikonduktor di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, berkata acara itu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Pasifik menarik pelbagai profesional industri, pihak berkepentingan dan pelabur dari seluruh dunia.

Beliau berkata, ia menyediakan platform yang sangat baik untuk NCER mempromosi insentif kompetitif, dasar dan peraturan yang menggalakkan pelaburan di wilayah utara. Selain itu ia turut mempromosikan cukai pelaburan, tenaga kerja, insentif teknologi dan peluang lain kepada pelabur.

“Kami teruja untuk menyertai LIMA’23 dan membuka peluang pelaburan serta insentif yang ditawarkan NCER. Penyertaan NCER menggariskan komitmen rantau ini untuk menggalakkan pembangunan ekonomi melalui perkongsian strategik dan kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan.

NCER, satu inisiatif pembangunan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah utara Semenanjung Malaysia, bertujuan untuk menarik pelaburan berimpak tinggi dan berkualiti tinggi baharu sambil memupuk teknologi dan inovasi dalam industri utama, katanya.

Lokasinya, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan infrastruktur logistik yang menyeluruh menjadikan NCER destinasi ideal kepada perniagaan yang ingin berkembang.

“Sebagai peserta dalam LIMA’23, NCIA akan memperlihat potensi lokasi strategiknya, yang menawarkan ketersambungan dan akses yang sangat baik ke pelabuhan laut dan lapangan terbang utama di rantau ini. Ini menjadikannya tempat yang ideal untuk perniagaan menubuhkan operasi dan berhubung ke pasaran global.

“Selain itu, NCER mempunyai pelan pembangunan infrastruktur yang menyeluruh termasuk penambahbaikan lebuh raya, lapangan terbang dan pelabuhan, menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur yang ingin menerokai pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang,” katanya.

Mohamad Haris berkata, NCER mempunyai tenaga kerja mahir dan ekosistem penerbangan dan aeroangkasa yang semakin berkembang, dengan universiti, institusi penyelidikan yang menyokong inovasi dan penyelidikan dalam sektor utama seperti aeroangkasa.

Beliau berkata, ini peluang terbaik bagi penggiat industri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insentif pelaburan di rantau ini dan meneroka kemungkinan perniagaan yang berpotensi dalam sektor aeroangkasa, maritim dan penerbangan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon