TDM, SEDC Perlis rancang teroka peluang pembangunan penjagaan kesihatan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


TDM, SEDC Perlis rancang teroka peluang pembangunan penjagaan kesihatan

TDM, SEDC Perlis rancang teroka peluang pembangunan penjagaan kesihatan

05 Jun 2023

Cabang penjagaan kesihatan TDM Bhd iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (SEDC Perlis) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis.

Menurut satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka peluang pembangunan hospital atau kemudahan kesihatan swasta di negeri Perlis.

“Butiran lanjut akan ditentukan selepas penyelidikan lebih teliti oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare Dr Rayney Azmi Ali berkata Perlis dipilih atas permintaan masyarakat setempat dan juga saranan kerajaan negeri.

“Selain itu, ia juga adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan strategik lima tahun KMI Healthcare untuk membangunkan perniagaan kesihatan kami agar lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau juga berkata syarikat mahu mengimbangi kedudukan hospital di Pantai Timur Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Terengganu dan Kuantan. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon