Terengganu berpotensi menerajui industri penyahkarbonan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Terengganu berpotensi menerajui industri penyahkarbonan

Terengganu berpotensi menerajui industri penyahkarbonan

06 Jun 2023

Terengganu berpotensi tinggi untuk menerima limpahan besar daripada industri penyahkarbonan yang sedang dirintis kerajaan Pusat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, telaga-telaga minyak kosong ekoran kehabisan sumber petroleum di perairan negeri tersebut boleh dijadikan sebagai pusat penyimpanan bahan mentah industri teknologi hijau berkenaan.

“Kerajaan Pusat mahu menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini kerana ia merupakan pelaburan paling besar dunia sejak 2021.

“Ada potensi besar di Terengganu dengan menukar industri minyak dan gas di Kerteh menjadi industri hijau menggunakan telaga minyak sedia ada (yang telah kosong),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan negeri Terengganu.

Rafizi berkata, telaga minyak kosong itu akan diisi dengan karbon dioksida sama ada dalam dan luar negara sebelum mengalami proses suntikan penyahkarbonan.

Jelas beliau, industri itu mendapat permintaan tinggi kerana ekonomi hijau yang lebih mesra alam kini semakin menjadi keutamaan global.

“Ikutkan fasiliti Petronas di Kerteh (Kemaman) hanya bersedia beroperasi (untuk industri penyahkarbonan) pada tahun 2030 tetapi kerajaan mahu ia dipercepatkan pada 2028.

“Sehubungan itu, kerajaan akan mengubal akta baharu bagi merangsang industri tersebut secepat mungkin,” katanya.

Rafizi berkata, penggubalan undang-undang tersebut bertujuan merangsang kemasukan pelabur asing bagi industri beteraskan teknologi hijau berkenaan.

Sumber: Kosmo

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon