Pelaburan teknologi kunci kepada pekerjaan bergaji tinggi - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pelaburan teknologi kunci kepada pekerjaan bergaji tinggi

Pelaburan teknologi kunci kepada pekerjaan bergaji tinggi

13 Jun 2023

Malaysia menyedari kepentingan usaha untuk terus menarik pelaburan berkualiti serta penghasilan produk yang tepat, terutama dengan kerumitan lebih tinggi bagi menangani risiko pertumbuhan perdagangan.

Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata adalah penting bagi Malaysia untuk mewujudkan ekosistem sewajarnya yang dapat menarik serta menyokong pelaburan tepat dan memupuk pembangunan industri bagi pengeluaran produk dengan kerumitan tinggi.

“Ini akan menyumbang dari segi pendapatan eksport lebih tinggi berikutan peningkatan kerumitan eksport dan ekonomi kita. Hanya selepas itu kita dapat mewujudkan kitaran antara tiga elemen utama ekonomi dan boleh mengakui bahawa kita adalah pro-industri, pro-pelaburan dan pro-perdagangan.

“Selepas itulah baru kita dapat wujudkan pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat,” katanya pada majlis pelancaran Platform Perdagangan Digital Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, hari ini.

Tengku Zafrul juga menyifatkan kedua-dua aspek perdagangan dan pelaburan sebagai komponen teras terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada masa sama, beliau mengingatkan risiko penurunan bagi tahun ini masih ketara, termasuk susulan faktor berkaitan ketegangan geopolitik, kekurangan makanan, ketidakstabilan kewangan akibat dasar monetari lebih ketat dan peningkatan paras hutang.

Justeru, satu penyelesaian jangka panjang utama adalah untuk memastikan Malaysia dapat mengeluarkan lebih banyak produk rumit dan sofistikated bagi tujuan eksport yang dipermudahkan oleh aspek pendigitalan, automasi, robotik dan upaya lain bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan Malaysia di masa depan.

“Ringkasnya, kerumitan produk ekonomi dan perindustrian sesebuah negara juga merupakan perkara penting sebagai petunjuk prospek pertumbuhan masa depan negara kerana turut memaparkan tahap perkembangan dan pengetahuan kita,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon