Malaysia mahu menang 'perlumbaan ekonomi' di rantau Asia Tenggara - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia mahu menang ‘perlumbaan ekonomi’ di rantau Asia Tenggara

Malaysia mahu menang ‘perlumbaan ekonomi’ di rantau Asia Tenggara

19 Jun 2023

Malaysia kini dalam misi untuk memenangi ‘perlumbaan ekonomi’ dalam kalangan negara jiran di rantau Asia Tenggara, selepas disifatkan kehilangan banyak peluang akibat pandemik COVID-19, tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, berkata dalam mencapai misi itu, kerajaan menaikkan peruntukan pembangunan bagi tahun ini kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion pada tahun lalu.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negeri dengan Johor diberi penekanan kerana menerima pelaburan langsung asing tertinggi sebanyak RM80.6 bilion pada tahun lalu.

“Kerajaan Perpaduan (menerusi) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam misi untuk mengejar kembali peluang ekonomi dan pelaburan yang kita hilang dan mahu ‘memenangi perlumbaan’ ini.

“Beberapa tahun lalu, apabila kita dengar berita syarikat Tesla mahu melabur di Indonesia, ramai di antara kita berasa bimbang pelaburan asing akan lari ke negara jiran, namun dalam masa singkat, kini kita sudah dapat menarik semula pelaburan, antaranya Tesla, Amazon, Geely dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd,” katanya berucap merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki ‘City Link Skybridge, di sini, hari ini.

Justeru, Steven berkata, bagi memastikan semua pelaburan itu dapat direalisasikan, kerajaan menerusi agensi berkaitan akan terus memudah cara bagi membolehkan pelaburan asing masuk dengan lebih agresif ke dalam negara. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon