PKNPk, TNB Genco Teroka Kerjasama Dalam Solar Terapung - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PKNPk, TNB Genco Teroka Kerjasama Dalam Solar Terapung

PKNPk, TNB Genco Teroka Kerjasama Dalam Solar Terapung

29 Ogo 2023

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) sedang meneroka potensi pembangunan projek Fotovolta Solar Terapung (FSPV) merentasi empangan hidroelektrik dan tadahan di Perak.

Pihak-pihak berkenaan telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan meneroka pembangunan FSPV dalam kawasan operasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membuka laluan kepada negeri tersebut untuk memupuk kemajuan alam sekitar, sejajar dengan rancangan Perak Sejahtera 2030.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri itu komited kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasarkan untuk mencapai kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

“Ini adalah usaha menyokong Pelan NETR bagi Flagship – Zon Tenaga Boleh Baharu yang diterajui oleh TNB bagi pembangunan solar terapung dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 MW di empangan-empangan hidro TNB dalam penjanaan elektrik merangkap stor simpanan,” katanya.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada aspek utama seperti penerokaan tenaga solar di Empangan Sg Perak untuk memanfaatkan sumber TBB.

Ketua Eksekutif PKNPk Datuk Redza Rafiq berkata TNB GENCO dan PKNPk akan membuat kajian kebolehlaksanaan dalam jangka masa yang ditetapkan sebagai pelopor kepada projek itu. 

“Memandangkan pelaburan yang besar diperlukan, aspek kritikal mesti dikenal pasti, selain kerjasama dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan adalah penting,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon