JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor

JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor

03 Dis 2020

JF Technology Bhd (JF Tech) berkata penggunaan teknologi 5G di seluruh dunia yang bakal menjadi pembawa perubahan akan mencipta peralihan paradigma menerusi antara lainnya pembangunan kecerdasan buatan (AI), kemajuan pemanduan tanpa pemandu dan penjagaan kesihatan, yang akan mencetuskan gelombang permintaan amat besar bagi generasi seterusnya. 

Pengarah Urusannya Datuk Foong Wei Kuong berkata ia menyediakan peluang besar kepada syarikat itu dan Malaysia untuk meningkatkan rantaian nilai semikonduktor dan seterusnya mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi bagi penduduk tempatan.

“Pada masa depan prospek bagi kumpulan kekal positif apabila industri semikonduktor global dijangka terus berada dalam aliran meningkat.

“Tumpuan kumpulan sekarang adalah untuk menggerakkan pemacu pertumbuhan. Produk 5G baharu kami telahpun berada di pasaran dan kami menjangka jualan akan meningkat.

“JF Tech akan terus mengembangkan harta intelektual kami yang merupakan satu daripada pembezaan utama kami,” katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa maya syarikat itu, di sini, hari ini.

Foong berkata syarikat itu telah memfailkan 63 paten di pelbagai negara yang mana 16 daripadanya adalah bagi aplikasi pengujian 5G.

Mengenai perkembangan korporat, JF Tech menimbang untuk memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd tahun depan.

“Kami teruja dengan prospek masa depan kami. Dengan kepakaran teknikal dan rekod prestasi kukuh kami, kami yakin dapat melaksanakan pelan kami,” katanya.

Sementara itu semasa mesyuarat hari ini, pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan dan cadangan terbitan saham bonus dengan waran percuma, bagi asas tiga saham bonus bersama dengan dua waran percuma bagi setiap saham sedia ada yang dipegang.

Tarikh kelayakan terbitan saham bonus dengan waran percuma itu akan diumumkan kemudiannya kelak dan dijangka selesai pada suku pertama tahun depan.

JF Tech membayar jumlah dividen 1.5 sen sesaham pada September bagi tahun fiskal yang berakhir 30 Jun, 2020, peningkatan tiga kali ganda daripada 0.5 sen sesaham pada tahun fiskal 2019.

Syarikat itu mengeluar dan membekalkan produk kuar uji dan soket uji kepada industri semikonduktor global.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon