RMK-12 akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


RMK-12 akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan

RMK-12 akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan

23 Dis 2020

Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 di Dewan Rakyat dalam sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke14 yang dijadualkan pada Mac, 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses memuktamadkan dokumen RMK-12.

“Semua strategi dan inisiatif RMK-12 dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

“Sesi libat urus secara meluas telah diadakan dalam tempoh 18 bulan lalu bagi memastikan ‘tiada sesiapa yang tertinggal’ dalam penggubalan dan pelaksanaan pelan pembangunan negara ini,” katanya.

Maklum balas dan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan sudah diambil kira termasuk sektor awam dan swasta, pakar industri, akademik, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan, organisasi antarabangsa, Jemaah Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta masyarakat umum melalui pelbagai saluran termasuk libat urus dalam talian, katanya.

Beliau berkata RMK-12 akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan ekonomi negara dan memastikan kehidupan yang wajar untuk rakyat. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon