Latih semula, tambah kemahiran untuk kekal relevan dalam pasaran kerja - UOB - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Latih semula, tambah kemahiran untuk kekal relevan dalam pasaran kerja – UOB

Latih semula, tambah kemahiran untuk kekal relevan dalam pasaran kerja – UOB

28 Dis 2020

Para pekerja perlu berusaha melatih semula kemahiran atau mempertingkat aspek tersebut bagi memastikan mereka kekal relevan dan kompetitif dalam dunia pasca-COVID-19, demikian menurut hasil dapatan tinjauan oleh United Overseas Bank (UOB).

Dalam kenyataan hari ini, UOB Malaysia berkata pandangan meluas itu diperolehi berikutan jangkaan ramai mengenai kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu akibat kemelesetan ekonomi.

“Menurut Kajian Sentimen Pengguna ASEAN UOB, sebanyak 90 peratus atau sembilan daripada 10 pekerja di Malaysia melihat keperluan untuk melatih semula kemahiran atau menambah kemahiran supaya kekal relevan dalam dunia pasca pandemik.

“Selain itu, sejumlah 85 peratus responden Malaysia percaya bahawa syarikat lebih cenderung mengambil pekerja yang boleh melakukan pelbagai fungsi manakala 83 peratus berpendapat majikan akan mengurangkan jumlah pekerja apabila usaha pendigitalan mereka dapat ditingkatkan,” katanya.

UOB berkata, kebanyakan responden atau 78 peratus pula menjangkakan bahawa syarikat akan memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos.

Menurut bank itu, tinjauan dalam kelompok yang berbeza usia menunjukkan kebimbangan itu lebih ketara dalam kalangan generasi Z yang berusia dalam lingkungan 18-23 tahun.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Sumber Manusia, UOB Malaysia Lai Tak Ming berkata amat penting bagi syarikat memiliki tenaga kerja yang tangkas selain mudah menyesuaikan diri untuk menangani persekitaran kerja yang sentiasa berubah akibat ketidakpastian dan gangguan (perubahan).

Malah, bersandarkan kepentingan itu, UOB berkata ia telah menjalankan beberapa program latihan yang menyediakan pengalaman kerja untuk para siswazah baharu serta golongan profesional di pertengahan kerjaya mereka bagi memberi peluang membangunkan kemahiran diperlukan selain membantu mereka berjaya dalam industri perbankan dan kewangan.

Bank itu turut mewujudkan peluang bagi para siswazah dan penuntut universiti memperoleh kemahiran dan pengetahuan melalui Program ‘Management Associate’ (MA) UOB Malaysia dan Program Latihan Industri ‘Smart Bankers’ UOB Malaysia apabila mereka memulakan kerjaya baharu dalam bidang tersebut.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon