Industri Berasaskan
Kayu dan Perabot
Malaysia adalah pemain penting dalam pasaran kayu tropika dan produk kayu dan merupakan pengeksport utama perabot kayu global. Sepanjang dua dekad yang lalu, industri berasaskan kayu Malaysia adalah penyumbang ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara, merangkumi aktiviti seperti kayu bergergaji, venir, produk panel, pengacuan, pertukangan pembinaan, pertukangan kayu, perabot dan komponen.
Pelaburan Asing RM74.3 juta (32.3%)
Pelaburan Domestik RM155.5 juta (67.7%)
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
Pelaburan Asing RM174.7 juta (34.8%)
Pelaburan Domestik RM327 juta (65.2%)
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
Untuk meningkatkan kedudukan eksport, industri berasaskan kayu dan perabot mesti mengguna pakai teknologi moden dan termaju untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, membangunkan produk canggih, dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Untuk mencapai matlamat ini, ia memerlukan penggalakan inovasi, sektor berintensif pengetahuan, penemuan teknikal dan reka bentuk & inisiatif pembangunan.
MIDA menggalakkan pemain industri untuk mengutamakan kreativiti dan inovasi dalam proses pengeluaran mereka, meningkatkan peranan daripada pengeluar peralatan asal (OEM) kepada pengeluar reka bentuk asal (ODM) atau pengeluar jenama sendiri (OBM) untuk meningkatkan kedudukan rantaian nilai.
Pengilang Malaysia telah mula meningkatkan perbelanjaan modal bagi pelaburan teknologi walaupun ianya melibatkan kos yang tinggi, sekali gus membolehkan mereka untuk mula menceburkan diri dalam automasi dan Industri 4.0.
Kerajaan terus mendorong lebih banyak syarikat tempatan untuk menghasilkan produk bernilai tambah tinggi dan memanfaatkan automasi serta melabur dalam usaha untuk meningkatkan kepakaran mereka. Beberapa insentif yang tersedia untuk syarikat dalam industri ini termasuk:
Di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986, insentif yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Syarikat dalam industri ini juga layak mendapat Insentif Pelaburan Semula di bawah PIA 1986:
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Kayu (WISDEC) untuk memupuk dan menghasilkan talent kerja kayu, reka bentuk perabot dan pertukangan kayu. WISDEC bekerjasama dengan institusi TVET, agensi kerajaan, dan pusat latihan, juga menyelia Pertandingan Kemahiran Malaysia (CPM).
Universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah menawarkan program Teknologi dan Industri Kayu meliputi asas kayu, pengenalan kayu, pemprosesan, pengurusan dan pemasaran. Ia memberi tumpuan kepada mencipta produk seperti kertas, papan gentian, papan partikel dan papan lapis melalui pemprosesan. Program ini juga menumpukan kepada peningkatan kualiti kayu melalui teknik pengeringan dan pemeliharaan.
Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Malaysia untuk membangunkan tenaga kerjanya bagi kemajuan industri.