MDEC umum misi 'reinvent' untuk tarik pelaburan digital - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MDEC umum misi ‘reinvent’ untuk tarik pelaburan digital

MDEC umum misi ‘reinvent’ untuk tarik pelaburan digital

25 Jan 2021

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan misi untuk menarik pelaburan digital melalui ‘mencipta semula’ atau reinvent yang memberi isyarat anjakan paradigma baharu supaya bersiap sedia menghadapi norma baharu yang belum diteroka dan mungkin akan kekal lebih lama.

Pengerusinya, Datuk Rais Hussain Mohamed Ariff berkata misi  ‘Reinvent’ MDEC membawa pendekatan dan perspektif baharu yang diperlukan untuk menjadikan ekonomi digital sebagai pemacu utama pertumbuhan negara.

“Ciri utama misi ini adalah ketelusan menyeluruh dan tadbir urus yang baik, pendidikan bermula peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi dan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Misi tersebut diumumkan sempena sambutan ulang tahun Jubli Perak ke-25 MDEC.

Rais berkata berpandukan ciri -ciri berkenaan, hasil tinjauan dan kajian bebas secara menyeluruh ke atas status tadbir urus sedia ada juga telah menyaksikan kemasukan modal insan baharu di pelbagai peringkat sekali gus membolehkan MDEC menumpukan kepada industri dan teknokrat.

 Ini merupakan tambahan modal insan kepada bakat luar biasa yang sedang berkhidmat di MDEC, katanya.

“Saya melihat peranan MDEC untuk memimpin penglibatan semua lapisan masyarakat supaya mengambil bahagian dan menyumbang ke arah pemikiran baharu yang diperlukan untuk mendokong aspirasi dan visi Malaysia 5.0 iaitu sebuah masyarakat yang sangat bersepadu secara teknologi, ditadbir oleh prinsip dan amalan ‘eco-vironmental’ yang inklusif, adil, dan saksama,” katanya.

Beliau berkata, di sebalik pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun lalu, negara – negara jiran berjaya menarik pelaburan asing membabitkan modal untuk syarikat pemula terknologi.

Paling menonjol ialah Singapura yang mencatatkan peningkatan 25 kali ganda, diikuti Indonesia yang meningkat 22 kali ganda.  Pada masa sama, Vietnam, Filipina dan Myanmar turut mengatasi pencapaian Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon