B.Braun Medical Industries - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


B.Braun Medical Industries

B.Braun Medical Industries

Pada tahun 2006, kilang B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd. (BMI) di Pulau Pinang diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Global (CoE) untuk produk Akses Intravena termasuk R&D dan teknologi pengeluaran. Produk yang dikeluarkan di B. Braun Medical Industries Penang dieksport ke AS, Jepun, Jerman dan beberapa pasaran utama di seluruh dunia.

“Malaysia adalah pilihan yang baik untuk perkilangan kerana kemahiran dan kecekapan rakyatnya,” kata Dr Juergen Schloesser, naib presiden kanan dan ketua, Pusat Kecemerlangan – Akses Intravena. “Sepanjang tempoh pembangunan yang bertahun lamanya, pasukan tempatan telah memperoleh pengetahuan yang diperlukan dan telah terbukti mempunyai kemampuan yang tinggi.” Kemampuan mereka amat penting, sebagaimana lokasi negara ini yang cukup strategik bagi kami.

“Malaysia terletak secara strategik di rantau ASEAN dan pada masa yang sama berada di sepanjang laluan laut utama di Asia antara Barat dan Timur Jauh,” kata Dr. Schloesser. “Pusat Pengedaran Serantau yang terletak di Pulau Pinang membantu kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada seluruh wilayah Asia Pasifik dengan cekap.” Beliau mengatakan bahawa tiga kelebihan strategik utama Malaysia bagi syarikat ni adalah tenaga kerja yang mahir dan bermotivasi tinggi; rakyatnya yang berbilang budaya dan berbilang bahasa dengan pengetahuan bahasa Inggeris yang baik walaupun di peringkat asas; dan keadaan politik dan ekonomi negara yang stabil.

Dr. Schloesser mengatakan projek pembesaran yang diumumkan pada tahun 2010 akan memenuhi pertumbuhan pengeluaran perkilangan syarikat bagi tempoh 15 hingga 20 tahun ke depan, “meningkatan kapasiti pembuatan purata sebanyak 15% setahun disamping memberikan peluang pekerjaan tambahan.” Beliau turut mengiktiraf bantuan pihak berkuasa pembangunan ekonomi terutamanya MIDA, dengan menyatakan bahawa mereka “mesra perniagaan dan memahami keperluan perniagaan. MIDA dikendalikan oleh orang-orang yang sangat kompeten untuk memberi kemudahan sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah yang timbul.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon