BMW Malaysia Sdn Bhd - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


BMW Malaysia Sdn Bhd

BMW Malaysia Sdn Bhd

BMW Group Malaysia ditubuhkan pada bulan Ogos 2003 dan bertanggungjawab bagi pasaran tempatan dan serantau. Dengan empat fungsi utama, syarikat ini merupakan sebahagian penting dalam rangkaian Asia BMW Group. Fungsi-fungsi ini dijalankan oleh Syarikat Jualan Nasional (BMW Malaysia Sdn Bhd), yang mengedarkan kereta BMW dan MINI dan motosikal BMW; Pusat Data Kumpulan, salah satu daripada tiga hab global untuk perkhidmatan IT hujung-ke-hujung; Pusat Latihan Serantau di mana pakar daripada seluruh dunia BMW dilatih dan Pusat Pengedaran Bahagian di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang menyediakan perkhidmatan kepada 19 pasaran di Asia Pasifik.

Sejak memasuki Malaysia, BMW telah mewujudkan platform yang kuat, dilengkapi dengan sokongan profesional dan komitmen yang ditunjukkan oleh rakan kami di Malaysia. Dengan iklim politik yang stabil, beberapa infrastruktur terbaik di rantau ini dan kumpulan bakat yang besar, Malaysia berfungsi sebagai asas yang kukuh bagi perancangan pertumbuhan BMW Group di Asia.

Penubuhan Pusat Pengedaran Bahagian di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Darul Takzim pada bulan Ogos 2004 mencerminkan permulaan peranan serantau utama bagi BMW Group Malaysia. Pusat Pengedaran Bahagian Serantau menyokong BMW Group melalui pengedaran alat ganti dan aksesori yang pantas di seluruh pasaran Asia-Pasifik, sekaligus memberikan perkhidmatan pelanggan yang premium.

Aset penting lain yang berpotensi untuk memacu pertumbuhan serantau BMW Group adalah penubuhan Pusat Data Kumpulan, yang merupakan sebuah komponen penting dalam strategi Teknologi Maklumat (IT) syarikat. Selain daripada perkhidmatan IT asas seperti pengurusan e-mel, penghosan web, telefon, pengurusan operasi rangkaian, Pusat Data Kumpulan juga mengendalikan pelbagai fungsi aplikasi khusus jabatan termasuk sistem logistik global, penjualan dan pemasaran BMW, pengeluaran (pemasangan dan perkilangan) dan perkhidmatan kewangan ke negara-negara di rantau Asia Pasifik, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara lain di seluruh dunia.

BMW komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan mewah; daripada membeli BMW, sehinggalah menikmati keseronokan pemanduannya, dan perkhidmatan selepas jualan premium. Dengan sokongan dan bantuan daripada kerajaan, BMW telah dapat membangunkan pangkalan yang kuat yang akan berfungsi sebagai teras bagi pertumbuhan kami di peringkat tempatan dan serantau.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon