Eastman
Keputusan Eastman Chemical Company untuk membina kilang plastik copolyester 30,000 tan setahun di Pahang, Malaysia dibuat berdasarkan kajian selama dua tahun ke atas 11 lokasi di empat negara di Asia Tenggara. Empat belas faktor dinilai, termasuk akses ke pasaran di rantau ini, akses kepada bahan mentah dengan harga yang kompetitif, ketersediaan tenaga kerja yang berkualiti, persekitaran yang pro-perniagaan, dan logistik. Secara keseluruhan, Kawasan Perindustrian Gebeng berhampiran Kuantan menawarkan kombinasi kualiti terbaik dan jambatan yang baik ke pasaran Asia untuk kilang ladang hijau pertama milik Eastman di rantau ini.
Permulaan lebih awal daripada jadual dan pembinaan yang sepadan dnegan anggaran telah memberikan Eastman Chemical Malaysia satu permulaan yang cukup baik dalam pasaran copolyesters Asia Pasifik dengan pertumbuhan 30% pada tahun pertama operasi. Kami mencatatkan keuntungan dalam tempoh enam bulan setelah pengeluaran dimulakan dan kejayaan ini telah dijadikan model untuk operasi permulaan lain di seluruh dunia.
Tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi, profesional dan berdedikasi telah melebihi jangkaan kami yang sememangnya tinggi. Kekuatan ini didorong pula dasar mesra perniagaan oleh kerajaan persekutuan dan negeri, infrastruktur dan rangkaian logistik yang berkualiti menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang luar biasa.
Sejak Mei 1998, Eastman Chemical Malaysia telah memperoleh banyak pencapaian, termasuk dianugerahkan sijil ISO 9002 dengan ketidakpatuhan sifar. Slogan Eastman untuk Spectar and Eastar copolyester adalah “Bayangkan Pelbagai Kemungkinan”, merujuk kepada kepelbagaian bahan mentah yang dihasilkan di kilang Malaysia kami, menunjukkan semangat “Malaysia Boleh!” (Malaysia boleh melakukannya!) yang jelas dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia.