ON Semiconductor (M) Sdn Bhd
ON Semiconductor (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1999 sebagai pemula daripada Bahagian Motorola Semikonductor. Syarikat ini adalah pembekal utama penyelesaian silikon berprestasi tinggi untuk elektronik cekap tenaga yang membolehkan elektronik cekap tenaga untuk dunia yang lebih hijau dan menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian lain. Ia juga menjadi peneraju dalam pasaran fokus akhir dalam bidang automotif, pengkomputeran, pengguna, komunikasi wayar dan tanpa wayar, industri / perubatan / mil – aero, lampu LED dan sektor grid pintar.
ON Semiconductor (M) Sdn. Bhd. adalah majikan tunggal terbesar dan majikan pilihan di Negeri Sembilan yang menyediakan pekerjaan untuk 6,300 rakyat Malaysia. Sejak 19 tahun yang lalu, Syarikat telah melabur sebanyak RM2.7 bilion di Malaysia. Pekerja tempatan dilatih menjadi pekerja berkemahiran tinggi untuk menaikkan rantaian nilai.
MIDA telah memberikan sokongan padu sepanjang penubuhan syarikat dan memberikan geran untuk latihan, pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan. MIDA juga telah menyokong Syarikat dalam mewujudkan barisan pembuatan khas dan makmal analisis kegagalan.
Sokongan MIDA telah membolehkan ON Semiconductor (M) Sdn. Bhd. untuk menarik lebih banyak pelaburan korporat ke negara ini. Semasa kami menceburkan diri dalam bidang teknologi baru bagi beberapa tahun mendatang, kami berharap dapat bekerjasama dengan MIDA dalam lebih banyak pakej bernilai tambah seperti pelaburan dalam program R&D dan Industri 4.0.