OSRAM Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd.
Sebagai salah satu pengeluar semikonduktor optoelektronik terkemuka di dunia bagi sektor pencahayaan, penginderaan dan visualisasi, OSRAM Opto Semiconductors GmbH menggabungkan pengetahuan luas dalam sektor semikonduktor, bahan penukar dan pakej di bawah satu bumbung.
Di ibu pejabatnya di Regensburg, Jerman, lokasi pengeluaran tambahan di Pulau Pinang (Malaysia) dan rangkaian pusat penjualan dan pemasaran global, syarikat ini menyediakan pekerjaan kepada lebih darpadai 4600 orang.
Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih daripada tiga puluh tahun dalam pembangunan dan pengeluaran komponen semikonduktor optoelektronik.
Ini dibuktikan oleh lebih daripada 3,000 paten dalam pelbagai bidang teknologi semikonduktor. Selain itu, ia juga mempunyai banyak pengalaman dalam sektor pencahayaan sejak seratus tahun yang disumbangkan oleh syarikat induk OSRAM.
Pengetahuan tertumpu ini, ditambah dengan produk, teknologi dan visi inovatif, menjadikan OSRAM Opto Semiconductors sebagai rakan yang sangat kompeten dalam semua perkara yang berkaitan dengan teknologi semikonduktor untuk aplikasi pencahayaan.
OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn. Bhd mempunyai sejarah kecemerlangan teknologi dan inovasi yang merangkumi pembangunan produk yang tepat dan kena pada masanya.
Tapak operasi syarikat di Pulau Pinang telah menghasilkan LED untuk pengedaran di seluruh dunia selama lebih daripada 20 tahun. Pada masa ini, Pulau Pinang mempunyai kilang cip LED paling maju di dunia.
Pasaran LED adalah pasaran masa depan yang berkembang pesat dengan potensi yang besar. Osram berhasrat untuk kekal menerajui pasaran dalam jangka masa panjang.
Syarikat ini bukan sahaja melabur dalam inovasi, tetapi juga memperluas kemampuan pengeluarannya – di Jerman dan di lokasinya di Malaysia. Regensburg dan Pulau Pinang adalah tonggak penting dalam strategi pertumbuhan syarikat, yang memfokuskan teknologi LED yang inovatif.
Loji fabrikasi wafer Pulau Pinang beroperasi sebagai tambahan kepada kilang utama di Regensburg untuk mengeluarkan cip LED dalam teknologi nitrida canggih dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pencahayaan bejumlah tinggi dan penggunaan dalam kalangan pengguna.
Jumlah pelaburan di kilang baru pada akhirnya akan meningkat dua kali ganda dan berjumlah jutaan euro yang juga akan membawa kepada penciptaan lebih daripada 800 pekerjaan baru, menjadikan OSRAM salah satu majikan terbesar di wilayah utara.
Memenangi Hadiah Masa Depan Jerman 2007 adalah kemuncak dalam sejarah penyelidikan OSRAM Opto Semiconductors. Sebagai salah satu syarikat yang paling inovatif di Jerman, syarikat ini sering melancarkan teknologi dan produk baru.
Selama lebih daripada tiga dekad pengalaman dan pengetahuan yang kukuh dalam pembangunan dan pembuatan, OSRAM Opto Semikonduktor bukan sahaja mengeluarkan komponen semikonduktor optoelektronik tetapi juga merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk teknologi semikonduktor dalam pelbagai aplikasi pencahayaan.