Produk Logam
Fabrikasi
Sebagai sebuah sektor yang telah lama matang dan menjangkaui fasa pertumbuhan industri, industri keluaran logam fabrikasi Malaysia merangkumi proses pembentukan logam bernilai tambah yang diperlukan dalam pembuatan mesin, komponen, struktur untuk pelbagai industri.
Industri keluaran logam fabrikasi dikuasai oleh pemain PKS tempatan yang melakukan fabrikasi logam sederhana dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Ini melibatkan proses tertentu seperti aktiviti lenturan, kimpalan dan pemasangan.
Keluaran logam fabrikasi juga digunakan dalam industri minyak dan gas luar pesisir, pembinaan awam dan industri M&E serta kilang pemprosesan. Ini melibatkan pembuatan tangki, tong dram, kotak logam, tin timah, perabot & kelengkapan logam, wayar & produk wayar dan barang kegunaan harian.