Negeri Sembilan terima pelaburan RM7.9 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Negeri Sembilan terima pelaburan RM7.9 bilion

Negeri Sembilan terima pelaburan RM7.9 bilion

05 Mac 2021

Pelaburan di Negeri Sembilan meningkat kepada RM7.9 bilion tahun lalu, berbanding RM6.4 bilion sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata ini peningkatan 29.5 peratus dan pencapaian tertinggi dalam tempoh 10 tahun, walaupun berhadapan dengan penularan COVID-19.

Daripada jumlah itu, katanya, RM3.8 bilion ialah pelaburan asing, manakala selebihnya pelaburan tempatan dengan nilai pelaburan tertinggi dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.

“Pelaburan asing terbesar diterima daripada negara Belanda. Keseluruhan pelaburan tahun lalu mewujudkan 5,823 peluang pekerjaan,” katanya di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pelaburan tahun ini dan menetapkan sasaran sebanyak RM10 bilion.

“Walaupun pelaburan dari pelbagai sektor terganggu akibat pandemik COVID-19, usaha terus dibuat untuk menarik pelabur dan kita berharap dapat kekalkan nilai pelaburan yang baik, sepanjang tahun ini,” katanya.

Mengenai perkembangan COVID-19, beliau berkata, setakat semalam, hanya Seremban sahaja yang masih berada dalam zon merah dengan jumlah keseluruhan 2,456 kes, manakala Port Dickson dalam zon jingga (23 kes) dan daerah lain dalam zon kuning (1 hingga 20 kes).

Aminuddin berkata, Kuala Pilah hanya mencatatkan dua kes dan daerah berkenaan akan bertukar kepada zon hijau dalam tempoh terdekat.

“Negeri Sembilan masih melepasi paras nasional dari segi kebolehjangkitan COVID-19, iaitu 1.02 berbanding 0.87 peringkat nasional.

“Kes baharu COVID-19 di negeri ini kebanyakannya membabitkan kluster tempat kerja, terutama di kawasan perkilangan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon