Komarkcorp terima tempahan pelitup muka dari AS - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Komarkcorp terima tempahan pelitup muka dari AS

Komarkcorp terima tempahan pelitup muka dari AS

09 Mac 2021

Komarkcorp Bhd (Komarkcorp) menerusi anak syarikatnya, Komark Mask (M) Sdn Bhd menerima permintaan 48 juta pelitup muka tiga lapis gred perubatan bagi tempoh 12 bulan yang akan dieksport terus ke Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu menerima pertanyaan rasmi selanjutnya dalam bentuk Surat Hasrat daripada Robayu Corporation di Poland bagi tujuan itu, dengan tempahan dijangka bersamaan nilai harga di Eropah AS$4.8 juta (RM19.75 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Komarkcorp, Koh Chie Jooi, berkata pihaknya menjangkakan lebih banyak tempahan eksport ke rantau Barat dengan adanya pengesahan pendaftaran dan pensijilan antarabangsa.

“Apa yang kami lihat dalam urusan rundingan luar negara dan eksport adalah keengganan untuk bergantung kepada produk buatan China berikutan kebimbangan perang perdagangan di bawah regim pemerintahan Donald Trump.

“Oleh itu, pengeluaran tempatan di Malaysia, dengan pengesahan antarabangsa terhadap pendaftaran dan pensijilan, selain harga yang menarik untuk mengganti pelitup muka tiga lapis dan N-95 AS sendiri, kami menjangkakan semakin banyak pesanan eksport ke ekonomi barat,” katanya dalam satu kenyataan.

Surat Hasrat tertakluk kepada pelbagai syarat komersial yang akan dimuktamadkan seperti logistik, syarat pembayaran, penyampaian dan kelulusan kawal selia eksport ke AS.

Perjanjian pasti dan pesanan pembelian dijangka diselesaikan dan disahkan dalam 60 hari, dengan penghantaran awal dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Permintaan untuk pelitup muka pakai buang mampu milik, berkualiti dan gred perubatan kekal kukuh kerana dunia bergelut dengan pandemik COVID-19 yang bermutasi.

Selain vaksinasi, ada perubahan paradigma baharu dalam gaya hidup penduduk global, yang mana pelitup muka dan sanitasi sebati dalam kehidupan seharian.

“Tanpa diragukan lagi, kesan pemakaian pelitup muka dan sanitasi yang berterusan telah menyebabkan kurang penyakit seperti selsema, batuk, dan penyakit.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon