Malaysia bersedia tawar insentif cukai yang lumayan untuk EV - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia bersedia tawar insentif cukai yang lumayan untuk EV

Malaysia bersedia tawar insentif cukai yang lumayan untuk EV

19 Mei 2021

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Madani Sahari berkata pihaknya telah menyediakan dasar pecutan mengenai EV.

“Pada masa ini, kita melaksanakan insentif yang disesuaikan, bergantung kepada manfaat ekonomi anda, maka insentif itu akan disesuaikan dengan sewajarnya tetapi di bawah dasar EV baharu ini, akan wujud insentif yang tetap.

“Terdapat satu bahagian daripada insentif tetap ini yang akan menyentuh duti eksais, duti import dan cukai jualan, yang akan dinikmati oleh pengguna serta industri.

“Di samping itu, jika anda membawa masuk sesuatu yang luar biasa ke Malaysia, kita bersedia untuk mempertimbangkan tahap insentif yang lebih tinggi dan ini akan disesuaikan dengan kesan yang mampu anda bawa ke dalam negara,” katanya semasa sesi webinar bersama Jawatankuasa Sektor Automotif EUROCHAM Malaysia mengenai “Permulaan Baharu untuk EV Di Malaysia” hari ini.

Jika terdapat pengeluar peralatan asal (OEM) yang mahu membuat sesuatu perubahan yang besar ke Malaysia, mereka boleh menikmati tahap insentif tetap yang akan menyentuh banyak pihak, di atas insentif khas lain yang akan mereka nikmati.

“Daripada segi insentif cukai (untuk pembeli), dasar yang dipercepatkan ini sedang dimuktamadkan dan kita  sedang meneliti bagi memperluaskan skop insentif untuk memasukkan pengguna agar mereka mampu menikmati insentif sebagai pembeli EV,” katanya.

Pengguna secara amnya akan menikmati manfaat daripada segi insentif langsung sama ada dalam bentuk cukai jalan, skim parkir hijau, pemasangan pengecasan termasuk rebat tol.

“Mekanisme ini sedang berada dalam kelulusan akhir oleh kerajaan tetapi selain daripada itu, pada dasarnya, kita semua akan mendapat tahap pengecualian cukai yang lumayan, mungkin membabitkan pengurangan cukai yang besar ke atas duti eksais, duti import atau cukai jualan untuk Ev,” katanya lagi.

Beliau berharap dasar baharu yang dipercepatkan itu dapat dibawa ke Kabinet menjelang Jun tahun ini untuk kelulusan, sebelum mengumumkannya pada Julai.

“Skop dasar baharu ini akan merangkumi kereta penumpang, skuter, motosikal serta kenderaan perdagangan. Ia juga akan merangkumi pengeluar peralatan asal (OEM), pengeluar EV serta syarikat yang menggunakan EV sebagai satu bentuk perkhidmatan seperti SoCar dan Grab,” katanya.

Untuk kali ini,  MARii sangat spesik daripada segi polisi, malahan  persatuan itu telah memenuhi keperluan daripada pelbagai segi dan ini secara keseluruhan merangkumi sudut bekalan termasuk permintaan yang akan meningkatkan ekosistem EV di negara ini.

Beliau berkata di bawah dasar yang dipercepatkan, MARii telah melihat kenderaan mesra alam sebagai sektor yang perlu dipopularkan di Malaysia, yang mana EV adalah salah satu sektor yang dominan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon