Syarikat Jepun cipta 400,000 peluang pekerjaan, banyak lagi yang bakal diwujudkan
23 Nov 2021
Ucapan ‘Terima Kasih’ tidak terhingga yang mungkin rakyat Malaysia boleh zahirkan kepada Jepun dan hampir 1,500 syarikat negara Matahari terbit itu yang beroperasi di negara ini adalah kepada sumbangannya yang telah mewujudkan lebih 400,000 pekerjaan dengan beribu-ribu lagi peluang dijangka diwujudkan apabila ia memulakan beberapa lagi siri pelaburan baharunya.
Peluang pekerjaan amat besar yangt tersedia ini menjadikan kehadiran syarikat Jepun dalam ekonomi Malaysia sangat dekat dengan hati berjuta-juta rakyat di negara ini.
Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka yang bakal mengakhiri tugasannya di sini berkata selain bidang pelaburan teras tradisional atau konvensional, sektor elektronik dan elektrik yang menyumbang hampir separuh daripada pelaburan baharu, perniagaan baharu syarikat Jepun adalah dalam teknologi digital.
Teknologi sedemikian akan membolehkan perkhidmatan rangkaian meluas bagi menyediakan diagnosis pesakit di kawasan pendalaman di Malaysia dan menghubungkan secara terus kepada hospital dan doktor.
“Jadi sebaik sahaja pesakit dibawa ke hospital, tidak perlu lagi sebarang sesi konsultasi dengan doktor dan mereka akan terus di bawa ke bilik pembedahan untuk menjalani pembedahan. Jadi ia mengurangkan masa yang diperlukan bagi diagnoisis kepada pembedahan, di samping meningkatkan kadar kebolehan hidup dan mengurangkan beban kewangan ke atas kerajaan,” katanya kepada Bernama.
Teknologi ini terbukti berjaya di Jepun dan hospital universiti seperti di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia telahpun mula menggunakannya.
“Jadi sekarang kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan agar teknologi rangkaian sangat berguna ini diperkenalkan di hospital awam,” kata Osaka.
Beliau berkata syarikat Jepun juga kini bekerjasama dengan rakan kongsi dari Malaysia untuk menukarkan sumber bekalan air dan gas yang besar di negara ini menjadi hidrogen dan ammonia – dua bahan utama bagi menghasilkan pencuci penjana kuasa, menjadikan pencucu penjanaan.
“Kami kini sedang berbincang dengan Petronas dan kerajaan negeri Sarawak untuk menambah baik keberkesanan keseluruhan proses ini yang menghasilkan ammonia dan hidrogen di Malaysia, dan mengangkutnya ke Jepun dan negara-negara lain di rantau ini yang akan digunakan bagi menjadikan proses penjanaan kuasa lebih bersih,” katanya.
Oka, yang dilantik sebagai duta baharu Jepun ke Mesir berkata pendidikan merupakan satu lagi intipati dalam hubungan perdagangan dua hala itu, disokong oleh seramai lebih 30,000 rakyat Malaysia yang datang ke Jepun sama ada bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi atau tujuan latihan.
“Pembangunan kapasiti insan ini merupakan tunjang kerjasama kami. Di sebalik pandemik COVID-19, pelajar Malaysia yang mempunyai masa depan yang cerah terus melawat Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun. Saya telah bertemu dengan sehingga seramai sembilan ketua setiausaha kementerian yang telah pergi ke Jepun sama ada sebagai pelajar biasiswa yang belajar di universiti Jepun atau mendapat latihan daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA),” katanya.
Selain itu, katanya, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah menunjukkan minat untuk mengikuti kursus sama ada ijazah penuh atau ijazah separuh dalam Bahasa Jepun yang ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan dan ia menjadi popular kerana bahasa itu mewakili kesemuanya apabila mempelajari minda dan budaya Jepun.
Beliau berkata pencapaian terbesar dalam sektor pendidikan ialah persetujuan yang dicapai antara kedua-dua negara untuk Universiti Tsukuba, universiti terkemuka yang telah melahirkan tiga pemenang Hadiah Nobel, menubuhkan kampus cawangannya di Malaysia.
Ini merupakan satu pencapaian yang besar kerana ia akan menjadi cawangan pertama universiti Jepun itu di luar negara, yang dijadualkan dibuka pada 2023.
Kampus di Malaysia itu akan menggunakan bahasa Jepun dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pelajar yang berdaftar dijadualkan mula belajar bahasa Jepun pada tahun depan.
Tahun depan juga akan menyaksikan dua peristiwa penting dalam hubungan Malaysia-Jepun iaitu sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur oleh Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Oka akan menerima pelantikan baharunya di Kaherah akhir bulan ini, yang kebetulan merupakan tugas pertamanya di luar negara apabila beliau memulakan kerjaya diplomatiknya.
“Saya kembali semula ke tempat saya memulakan kerjaya profesional saya, jadi dalam erti kata lain saya telah melengkapkan pusingan perkhidmatan saya apabila saya kembali ke Kaherah,” katanya.
Sumber: Bernama