Pulau Pinang transformasi kepada bandar hijau bagi tingkatkan kelebihan daya saingnya - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pulau Pinang transformasi kepada bandar hijau bagi tingkatkan kelebihan daya saingnya

Pulau Pinang transformasi kepada bandar hijau bagi tingkatkan kelebihan daya saingnya

26 Mac 2022

Pulau Pinang menyasarkan untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya dalam sektor perindustrian dan hab ekonomi global yang berkembang maju dengan mentransformasi menjadi sebuah bandar hijau.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata langkah itu akan meningkatkan tarikan Pulau Pinang kepada pelabur berkualiti tinggi yang mencari tempat untuk menetap, bekerja dan bermain.

“Bagi dilabelkan sebagai bandar hijau, pertumbuhan ekonomi perlu berdaya tahan, mampu menggalakkan pertumbuhan pelepasan karbon sifar bersih selain menguruskan sumber aslinya dan memastikan kesejahteraan warganya.

“Dengan beralih kepada ekonomi hijau, Pulau Pinang akan turut meningkatkan daya tahannya terhadap risiko, termasuk bencana alam dan gangguan ekonomi,” katanya dalam ucaptama di Bengkel Tenaga Boleh Baharu: Perjalanan Ke Arah Pelepasan Sifar Bersih di sini hari ini.

Anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Tadau Energy, bengkel selama sehari itu menawarkan platform kepada pemain industri untuk menyokong peralihan kepada ekonomi hijau dan memulakan perjalanan mereka ke arah masyarakat pelepasan karbon sifar bersih.

Chow berkata peralihan yang berjaya kepada ekonomi hijau memerlukan kerjasama kerajaan, perniagaan dan peneraju industri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Aziz Bakar berkata Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk melaksanakan pelan pembangunan yang mampan dan mewujudkan bandar rendah karbon sejak sedekad yang lepas.

“Kami amat percaya bahawa pembangunan mampan merupakan komponen penting dalam membina langkah ke hadapan dalam era pasca pandemik dan bengkel ini adalah permulaan perjalanan ke arah masa depan yang lebih mampan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon