Selangor terima 247 pelaburan baharu, wujudkan 14,393 peluang pekerjaan pada 2021 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Selangor terima 247 pelaburan baharu, wujudkan 14,393 peluang pekerjaan pada 2021

Selangor terima 247 pelaburan baharu, wujudkan 14,393 peluang pekerjaan pada 2021

14 Apr 2022

Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi selain berjaya mewujudkan peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia walaupun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar.

Invest Selangor dalam satu kenyataan berkata, sejumlah 247 pelaburan baharu diterima dan 14,393 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan tahun lalu.

Sejak 2017, Selangor kekal berada di hadapan dan berjaya menerima 1,329 projek dengan jumlah pelaburan RM67.5 bilion.

“Keadaan pandemik dan kelembapan perkembangan ekonomi, kekurangan misi promosi dan sesi libat urus di luar negara kerana penutupan sempadan antarabangsa selain kekurangan kemasukan pelaburan asing yang rendah pada 2021.

“Lebih 60% daripada jumlah pelaburan Selangor pada 2021 disumbangkan oleh aktiviti pengembangan, menandakan keyakinan kukuh dalam kalangan pelabur dalam rantaian bekalan matang dan ekosistem perniagaan yang teguh di negeri itu.

“Terdapat beberapa projek terkenal melibatkan perkembangan projek Hartalega, Top Gloves, Duopharma dan Datasonic selain Denso dan Wistron,” katanya.

Berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menerima pelaburan sejumlah RM7.5 bilion dalam sektor pembuatan pada 2021 yang disumbangkan daripada pelaburan langsung domestik (DDI) yang menyumbang sebanyak RM6.1 bilion.

“Pelaburan dalam projek melibatkan getah, kimia, elektrik dan elektronik dan sektor peralatan pengangkutan menjadi antara penyumbang utama sebanyak 71%, benilai sebanyak RM5.36 bilion.

“Fokus terhadap kluster industri kekal menjadi penyumbang terbesar dalam nilai pelaburan keseluruhan,” katanya.

Sejak 2017, Selangor menerima RM31.1 bilion (46% daripada jumlah keseluruhan pelaburan dalam sektor pembuatan untuk 2017-2021) selain mengekalkan DDI secara purata RM6 bilion setahun.

Sumber: DagangNews

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon