2021 Archives - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. MelayuEnglishDeutsch日本語
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


AT&S Menyempurnakan Upacara Pecah Tanah Untuk Fasiliti Pembuatan Berteknologi Tinggi Baharu Di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Malaysia

Malaysia, Kedah, 30 Oktober 2021 – AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sukacita mengumumkan permulaan kerja-kerja pembinaan pusat pengeluaran substrat litar bersepadu (IC) di Kulim Hi-Technology Park, Kedah.

Upacara pecah tanah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah dan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Semasa ucapan beliau, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan, “Meskipun pandemik, syarikat-syarikat seperti AT&S masih berterusan untuk menjalankan projek pembesaran. Saya amat gembira AT&S telah memilih Malaysia sebagai lokasi untuk menubuhkan kilang pembuatannya yang pertama di Asia Tenggara. Ini merupakan pelaburan terbesar dalam sejarah AT&S iaitu sebanyak €1.7 bilion Euros dan dijangka bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi melebihi 6,000 kepada rakyat Malaysia.Pelaburan ini tepat pada masanya memandangkan sentimen pasaran yang lebih positif disebabkan permintaan global yang dinamik.   

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada MIDA terhadap usaha pantas sejak November 2020 untuk merealisasikan pelaburan ini. Saya amat berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa projek ini hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk membuahkan hasil daripada permulaan sehingga upacara pecah tanah. Sesungguhnya, upacara pecah tanah ini amat dinantikan dan kami amat bergembira untuk menerima salah satu pemain utama industri elektrik dan elektronik (E&E) global di Kedah.”

Encik Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan, “Kita bangga AT&S akan memanfaatkan kluster industri E&E Malaysia. Kedudukan strategik Malaysia dalam rantau ASEAN, kebolehan bakat tempatan dan kemantapan rantaian bekalan tempatan yang sepadu dengan rantaian nilai global adalah antara faktor tarikan yang tidak dapat dinafikan bagi pelabur antarabangsa seperti AT&S untuk memilih Malaysia sebagai batu loncatan mereka ke rantau ini. Sebagai agensi penggalakan pelaburan utama Malaysia di bawah MITI, MIDA berharap terus bekerjasama rapat dengan AT&S untuk menyokong pertumbuhan operasi mereka di Malaysia.” Walaupun dalam situasi pandemik global, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tetap meneruskan kerjasama dengan AT&S sejak November 2020 untuk merealisasikan pelaburan ini. Pusat Sehenti bagi Pelawat Perniagaan (One Stop Centre forBusiness Travellers)

yang dikendalikan oleh MIDA, membolehkan pelabur datang ke Malaysia dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi tujuan membuat keputusan perniagaan sebagaimana yang dilaksanakan oleh AT&S untuk menubuhkan kilang pembuatannya di Kulim, Kedah.

Industri elektrikal dan elektronik (E&E) menyumbang sebahagian besar daripada ekonomi Malaysia. Sektor pembuatan E&E Malaysia kini mengalami perubahan yang pesat, di mana syarikat pembuatan sedang mengubah tumpuan mereka ke arah kegiatan teknologi tinggi, intensif pengetahuan dan bernilai tinggi. Dengan adanya ekosistem E&E, MIDA meneruskan usaha untuk menarik syarikat multinasional bernilai tinggi ke Malaysia.

Projek di Malaysia ini dijangka akan mempertingkatkan lagi pembangunan ekosistem semikonduktor Malaysia, pada masa yang sama membuka peluang kepada vendor tempatan untuk menceburi bidang elektronik termaju.

Ketua Pegawai Eksekutif AT&S, Encik Andreas Gerstenmayer berkata, “Langkah ini merupakan pencapaian sebenar bagi AT&S. Dengan adanya kilang termaju kami bagi substrat IC, kami mampu mewujudkan sektor teknologi yang serba baharu di Malaysia, yang bakal menjadi salah sebuah kawasan khas mikroelektronik global. Kami bukan sahaja mengeluarkan substrat IC atasan untuk pemproses prestasi tinggi di pusat pengeluaran baharu kami, tetapi juga menjalankan kegiatan R&D di lokasi ini yang akan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak, iaitu AT&S serta masyarakat Malaysia memandangkan pelaburan dalam R&D adalah pelaburan untuk masa depan sebuah negara.”

“Dengan pelaburan AT&S di Malaysia, kita akan mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan teknologi tinggi di rantau ini dan akan membantu dalam menetapkan rangka kerja bagi pertumbuhan di Malaysia pada masa akan datang,” kata Ketua Pegawai Operasi AT&S, Encik Ingolf Schröeder. “Bagi kami, ini adalah tanggungjawab asasi kami sebagai syarikat antarabangsa untuk tetap berpegang kepada komitmen sosial dan kedudukan kami sebagai majikan yang inklusif, pelbagai dan bertanggungjawab di lokasi baharu ini.”

MIDA dan AT&S menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama jangka panjang dalam penyelidikan dan pembangunan dan program peningkatan kemahiran dengan universiti serta institusi latihan dan penyelidikan di Malaysia, dengan matlamat mewujudkan peluang kerja dalam bidang berkemahiran tinggi dan bernilai tambah tinggi. 

Dengan menandatangani MOU ini, MIDA mengharapkan kedua-dua belah pihak dapat meningkatkan kecekapan bakat di Malaysia terutamanya dalam bidang PCB dan substrat IC atasan.

*****

Mengenai MIDA

MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategik bagi perniagaan dalam merebut peluang yang timbul dari revolusi teknologi pada era masa kini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mida.gov.my dan ikuti kami di saluran Twitter, Instagram dan Facebook, Linkedin dan Youtube.

Mengenai AT&S

AT&S merupakan peneraju dalam pembuatan papan litar bercetak dan substrat IC atasan. AT&S mengindustrikan teknologi termaju untuk segmen perniagaan teras syarikat tersebut iaitu Peranti Mudah Alih dan Substrat, Automotif, Perindustrian dan Perubatan. AT&S  mempunyai kehadiran global dengan tapak pengeluaran di Austria (Leoben, Fehring) dan kilang di India (Nanjangud), China (Shanghai, Chongqing) dan Korea (Ansan yang terletak berhampiran Seoul). Syarikat ini mempunyai kira-kira 12,000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ats.net

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Mr. Gerald Reischl, Director Communications & PR – AT&S AG
Tel.: +43 664 88592452 | Email: [email protected]  

 Ms. WaiQuan Wong, Junzi Communications On behalf of AT&S AG
Tel.: 03+6012-456 0308 | Email: [email protected]  

Ms. Azlina Hamdan, Director, E&E Division, MIDA
Tel.: +603-2267 3791| Email: [email protected]

AT&S Menyempurnakan Upacara Pecah Tanah Untuk Fasiliti Pembuatan Berteknologi Tinggi Baharu Di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Malaysia


Content Type:

Duration:

“Welcoming Investors, Keeping You Safe”

Kuala Lumpur, 3 March 2021 – The Malaysian government is very ‘pro-business’ and welcomes the entry of business travellers to carry out business operations amid the pandemic. In this regard, Malaysia’s Safe Travel portal which contains information and advisory services to facilitate business travellers’ entry into Malaysia is fully operational effective 3 March 2021. Both Short and Long Term Business Travellers may apply for entry permission through the dedicated portal at URL: https://safetravel.mida.gov.my. Short Term Business Travellers are required to submit the online application 14 days in advance of planned travel.

The portal is a critical component of the One Stop Centre (OSC) initiative that has been set up by the Malaysian Government effective 2 October 2020 to ease the movement of Business Travellers by expediting their entry to do business in Malaysia. The Centre assumes a vital role in ensuring that Malaysia remains steady on economic recovery and growth; while balancing public health and livelihoods, and strengthen Malaysia’s position as a competitive and preferred investment destination in Asia.

The One Stop Centre is represented by the Ministry of International Trade and Industry (MITI), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Ministry of Health (MOH) and Immigration Department of Malaysia (IMI) to ensure the legitimacy and health status of business travellers before they enter into Malaysia. This initiative is also a joint collaboration between MIDA, Ministry of Foreign Affairs (Wisma Putra), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Malaysia Airlines Berhad (MAB) and Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Short Term Business Travellers

Short Term Business Travellers are business travellers who are not holding any passes, and intend to stay in the country for 14 days or less. They may be considered for exemption from mandatory quarantine subject to the approval of the OSC Committee and adherence to strict Standard Operating Procedures. Short Term Business Travellers are categorised as follows:

  1. Potential investors seeking to do business in Malaysia
  2. Existing investors, namely business owners, board members, executives and associates of companies in Malaysia (without Employment Pass)
  3. Business customers for product qualification and validation before commercial production

Technical experts for ad-hoc emergency cases to serve single or multiple customers across Malaysia

Business Travellers from the above four (4) categories may also apply for Social Visit Pass under Long Term Business Travellers, should they plan to stay for more than 14 days in the country.

Long Term Business Travellers

Long Term Business Travellers are business travellers who hold valid passes and intend to stay in the country for more than 14 days. They will be subject to mandatory quarantine as per the Ministry of Health’s (MOH) guideline, Malaysia. The Long Term Business Travellers are categorised as follows:

  1. New/Existing expatriates stranded abroad, namely active holders of Employment Pass (EP) and Resident Pass-Talent (RP-T).
  2. New/Existing foreign technical experts stranded abroad with Professional Visit Pass (PVP) to serve multiple customers across Malaysia.
  3. Frequent foreign business travellers (Exit & Return), including Regional Establishments (RE), Regional Operations (RO) and Principal Hubs (PH) representatives.
  4. Permanent Resident (PR) Pass Holders.
  5. Malaysia My 2nd Home (MM2H) Social Visit Pass Holders.
  6. Frequent Malaysian business travellers (Exit & Return).
  7. Social Visit Pass Holders.

Business Travellers must obtain relevant visas (if applicable) from the respective Malaysian Embassy or High Commission/ Consulate General Offices abroad before their departure to Malaysia.

For more information, please contact the OSC Secretariat at [email protected].

OSC Secretariat (Industry Talent Management and Expatriate Division)
Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
Level 20, MIDA Sentral
No. 5, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Phone: +603-2267 3633/3431

*****

About MIDA

MIDA is the government’s principal investment promotion and development agency under the Ministry of International Trade and Industry (MITI) to oversee and drive investments into the manufacturing and services sectors in Malaysia. Headquartered in Kuala Lumpur Sentral, MIDA has 12 regional and 20 overseas offices. MIDA continues to be the strategic partner to businesses in seizing the opportunities arising from the technology revolution of this era. For more information, please visit www.mida.gov.my and follow us on Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn and YouTube channel.

Media Contact:
Manjit Kaur Balkar Singh (Ms)
Email: [email protected] | DL: +603-2267 3509

Malaysia’s Safe Travel Portal For Business Travellers Goes Live


Content Type:

Duration:

Sektor Perkilangan Mendahului dengan Peningkatan 10.3 peratus dalam Pelaburan yang Diluluskan

Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 – Persekitaran ekonomi global pada tahun 2020 adalah sangat mencabar, akibat pandemik COVID-19 dan telah memberi kesan terhadap ekonomi utama di seluruh dunia. Meskipun berhadapan dengan banyak cabaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk memastikan Malaysia terus diposisikan sebagai lokasi yang mesra pelabur untuk pertumbuhan jangka panjang bagi perniagaan asing dan domestik.

“Malaysia mencatat sejumlah RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada tahun 2020. Pelaburan ini diharapkan dapat mewujudkan 114,673 pekerjaan baru dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan,” kata YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri MITI.

Sebaliknya, sejumlah 5,287 projek dengan pelaburan berjumlah RM211.4 bilion telah diluluskan pada tahun 2019. Penurunan ini disebabkan oleh sektor perkhidmatan dan utama yang secara langsung dipengaruhi oleh penurunan permintaan global akibat pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada tahun 2020, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang sebahagian besar dari jumlah pelaburan yang diluluskan dengan sumbangan 60.9 peratus (RM99.8 bilion), sementara pelaburan langsung asing (FDI) merangkumi baki RM64.2 bilion (39.1%).

Sektor perkilangan menerajui jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2020 dengan mencatat pelaburan sebanyak RM91.3 bilion, diikuti oleh sektor perkhidmatan RM66.7 bilion dan sektor utama dengan RM6.0 bilion.

Republik Rakyat China (RM18.1 bilion), Singapura (RM10.0 bilion) dan Belanda (RM7.0 bilion) adalah tiga (3) sumber FDI teratas dari keseluruhan sektor ekonomi di Malaysia, menyumbang lebih daripada separuh (54.8%) daripada jumlah FDI yang diluluskan untuk tahun ini.

Selangor (RM38.7 bilion) mencatatkan pelaburan tertinggi yang diluluskan tahun lalu, diikuti oleh Sabah (RM21.0 bilion), Sarawak (RM19.6 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17.1 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.0 bilion). Lima negeri ini sahaja menyumbang lebih daripada 60 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk tahun 2020.

Sektor Perkilangan Terus Mengungguli

Sektor perkilangan mempunyai kesan pengganda yang paling signifikan terhadap aktiviti dan pertumbuhan negara; ia akan terus menjadi asas ekonomi Malaysia. Ini termasuk menghubungkan kawasan maju dan mundur, pembangunan kluster industri, pemindahan teknologi baru dan pembangunan kemahiran.

Sektor perkilangan Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM91.3 bilion untuk tahun 2020, meningkat 10.3 peratus dari tahun 2019. Bilangan projek perkilangan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 6.2 peratus dari 988 projek pada tahun 2019 kepada 1,049 projek pada tahun 2020.

Apabila dilaksanakan, projek perkilangan yang diluluskan ini akan mewujudkan pekerjaan baru untuk lebih daripada 80,000 orang. Daripada jumlah tersebut, 35.8 peratus adalah jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan (MTS), termasuk jurutera, penyelia penyelenggaraan kilang, pembuat tools and die, juruteknik, kakitangan IT, pengawal kualiti, juruelektrik dan pengimpal.

FDI menyumbang 62 peratus (RM56.6 bilion) dari jumlah pelaburan yang diluluskan di sektor perkilangan, sementara pelaburan domestik merangkumi baki 38 peratus (RM34.7 bilion). Penting untuk diperhatikan bahawa di sebalik situasi yang mencabar, DDI melonjak 22.6 peratus sementara FDI meningkat 3.9 peratus berbanding 2019.

Republik Rakyat China merupakan pelabur teratas dalam sektor perkilangan di Malaysia, menyumbang RM17.8 bilion daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor ini. Republik Rakyat China juga merupakan sumber pelaburan asing terbesar dalam sektor perkilangan selama lima tahun berturut-turut. Sumber FDI utama yang lain termasuk Singapura (RM8.8 bilion), Belanda (RM6.5 bilion), Amerika Syarikat (RM3.7 bilion), (SAR Hong Kong (RM2.9 bilion), Switzerland (RM2.8 bilion), Thailand (RM1.9 bilion), Jepun (RM1.7 bilion) dan Republik Korea (RM1.4 bilion).

Selangor (RM18.4 bilion) adalah penerima pelaburan terbesar dalam sektor perkilangan untuk tahun 2020, diikuti oleh Sarawak (RM15.7 bilion), Pulau Pinang (RM14.1 bilion), Sabah (RM12.0 bilion) dan Johor (RM6.8 bilion). Lima negeri ini menyumbang 73.4 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan di sektor ini tahun lalu.

“Walaupun berdepan dengan cabaran akibat pandemik, pelaburan projek baru yang merangkumi 66.9 peratus dari keseluruhan projek perkilangan yang diluluskan, tetap dapat dijana pada tahun 2020. Ini adalah bukti usaha MITI dan MIDA untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan dasar yang mesra pelabur telah dilaksanakan untuk membolehkan pelabur mempunyai keyakinan untuk mewujudkan operasi baru di negara ini,” kata YB Dato’ Seri Azmin.

“Pasukan kami juga telah bekerja keras untuk memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar. Ini dapat dilihat melalui peringkat pelaksanaan yang baik bagi projek yang telah diluluskan. Untuk tempoh 2016-2020, daripada 4,178 projek yang telah diluluskan, 70.0 peratus pelaburan bernilai RM197.2 bilion telah dilaksanakan di negara ini, ” tambahnya.

Tambahan pula, sejajar dengan langkah Malaysia menuju industri teknologi canggih, projek berintensifkan modal yang melibatkan teknologi canggih dan tenaga kerja mahir mendominasi lanskap perkilangan. Ini ditunjukkan dalam peningkatan nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja (CIPE) kepada RM1,138,055 pada tahun 2020 daripada RM1,052,497 pada tahun 2019. Selain itu, sejumlah 101 projek telah diluluskan dengan pelaburan bernilai RM100 juta ke atas.

Dari segi industri yang menunjukkan prestasi tinggi pada tahun 2020, elektrik dan elektronik (RM15.6 bilion), produk petroleum termasuk petrokimia (RM15.5 bilion), produk logam asas (RM14.4 bilion), kertas, percetakan dan penerbitan (RM7.8 bilion), mesin dan peralatan (RM7.1 bilion), bahan kimia dan produk kimia (RM6.3 bilion), produk getah (RM4.3 bilion) serta teknologi pengangkutan (RM3.9 bilion) telah menyumbang hampir 90 peratus jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan tahun lalu.

“Perlu diperhatikan bahawa pelaburan dalam tiga subsektor pemangkin iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan dan kimia, serta dua bidang pertumbuhan tinggi – aeroangkasa dan alat peranti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) merangkumi lebih daripada satu per ketiga (38.6%) dari jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan dengan pelaburan bernilai RM35.2 bilion pada tahun 2020. Oleh kerana tahun 2020 menandakan berakhirnya Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan sedang giat memuktamadkan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Rangka tindakan pasca 2020 ini akan memacu langkah ke hadapan untuk agenda pembangunan Malaysia dalam dekad yang akan datang. Kami optimis bahawa ia akan merencanakan langkah untuk meningkatkan lagi strategi daya saing industri Malaysia dalam industri penting dan utama untuk transformasi ekonomi yang mampan bagi meningkatkan sektor perkilangan dan perkhidmatan negara ke tahap maju dan komplek dalam norma baharu pasca COVID-19 dan seterusnya, ” kata YB Dato ‘ Seri Azmin.

Projek utama yang diluluskan tahun lalu terdiri daripada syarikat multinasional dalam industri bertaraf tinggi dan teknologi tinggi yang baru beroperasi di Malaysia. Ini termasuk Dexcom, syarikat AS dan peneraju sistem pemantauan glukosa berterusan yang akan menghasilkan penawaran khusus mereka di Pulau Pinang. Selain itu, syarikat pengukuran elektrik yang berpusat di Switzerland iaitu LEM akan menubuhkan kilang pengeluaran baharunya di Malaysia untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dalam sektor industri dan automotif. LSChem Industry milik China akan menghasilkan pelbagai bahan oleokimia khusus di Taman Perindustrian Tanjung Langsat, Johor Bahru. Projek LSChem Industry diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk melancarkan inisiatif biodiesel di Malaysia, selaras dengan matlamat Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan biodiesel. CytoMed Therapeutics (Malaysia) milik Singapura juga akan melabur di negara ini untuk menjalankan penyelidikan dan terapi sel induk.

MNC yang sedia ada juga terus melakukan pelaburan semula yang besar ke atas produk dan aktiviti bertaraf tinggi di Malaysia, ini menggambarkan value proposition yang berterusan Malaysia kepada pelabur antarabangsa. Nippon Electric Glass (NEG), pengeluar kaca khas Jepun yang terkemuka yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1992 berusaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tiub kaca untuk kegunaan sektor farmaseutikal memandangkan permintaan tinggi untuk produknya berikutan pelancaran vaksin COVID-19. Selain itu, Bruker yang berpangkalan di AS akan memperluas pelaburannya di Pulau Pinang untuk mengeluarkan instrumen saintifik analitik berteknologi tinggi seperti profilometer optik dan stylus, tribometer, alat difraksi sinar-X, instrumen pendarfluor sinar-X, spektrometer pelepasan optik dan penganalisis gas pembakaran.

Pemain tempatan seperti Amerix Metal Machining Technology juga merebut peluang untuk memperluas dan mempelbagaikan operasi mereka tahun lalu serta meningkatkan lagi keupayaan rangkaian industri sokongan Malaysia. Projek pembesaran syarikat menggunapakai  konsep perkilangan berketepatan tinggi yang canggih dalam Computer Integrated Manufacturing (CIM) dan model penjejakan proses dalam sistem Enhanced Resource Planning (ERP) yang disesuaikan untuk menghasilkan automation electro-mechanical servo reel untuk reel moulding systems bagi kegunaan bahagian hiliran industri semikonduktor.

Pelaburan Berterusan untuk Sektor Perkhidmatan

“Pada tahun 2020, misi Malaysia sebagai pusat perniagaan dan pelaburan untuk sektor perkhidmatan telah menarik sejumlah RM66.7 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 3,527 projek yang diluluskan, menyumbang 40.7 peratus dari jumlah pelaburan yang diluluskan dalam ekonomi. Projek perkhidmatan yang diluluskan ini diharapkan dapat mewujudkan 33,652 pekerjaan kepada ekonomi, ” kata YB Menteri Kanan dan Menteri MITI.

DDI mendominasi jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, menyumbang RM60.2 bilion (90.3%), sementara FDI mewakili RM6.5 bilion selebihnya.

Sebilangan besar subsektor perkhidmatan utama menunjukkan penurunan ketara dalam pelaburan yang diluluskan kecuali untuk projek berstatus MSC dan perkhidmatan lain seperti status BioNexus dan pembangunan perisian. Lima (5) penyumbang utama pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan adalah hartanah (RM31.2 bilion), utiliti (RM10.8 bilion), perkhidmatan sokongan (RM5.2 bilion), telekomunikasi (RM5.2 bilion) dan projek berstatus MSC  (RM3.9 bilion).

Di bawah bidang tugas MIDA, industri perkhidmatan sokongan merangkumi sub-sektor seperti logistik bersepadu, penyelidikan dan pembangunan, teknologi hijau, reka bentuk litar bersepadu, perkhidmatan minyak dan gas dan gudang berlesen.

“Pada tahun lepas, projek perkhidmatan utama yang diluluskan adalah Redsol iaitu sebuah projek solar berskala besar baharu antara Malaysia dan Belanda di Perak. Selain itu terdapat pelaburan firma Jepun, Fumakilla Malaysia yang menjalankan R&D dalam mengembangkan produk racun serangga dan produk isi rumah di negara ini sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memusatkan Pusat R&Dnya untuk menyokong aktiviti perkilangan yang dijalankan di Malaysia dan Asia,” tambah YB Dato’ Seri Azmin.

Perlombongan Mengungguli di Sektor Utama

Sektor utama mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM6.0 bilion pada tahun 2020, berbanding dengan RM7.0 bilion pada tahun 2019. Subsektor perlombongan merangkumi sebahagian besar pelaburan di sektor utama, menyumbang 99.5 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor ini. Selebihnya pelaburan sektor utama terdiri daripada subsektor perladangan dan komoditi, dan subsektor pertanian, yang masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM27 juta dan RM2.4 juta.

Bersiap Sedia untuk Hari Mendatang yang Lebih Baik

Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif meskipun berdepan ketidaktentuan semasa, ini dibuktikan dengan kedudukannya dalam lanskap ekonomi global. DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020 meletakkan Malaysia di tangga kedua (ke-2) di antara negara-negara Asia Pasifik dan keenam belas (16) dari 169 negara untuk hubungan perdagangan. Kajian bersama oleh KPMG dan The Manufacturing Institute di AS yang bertajuk ‘Cost of Manufacturing Operations around the Globe’ juga meletakkan Malaysia di tempat keempat (ke-4) di antara 17 ekonomi dalam penilaian yang membandingkan daya saing ekonomi sebagai pusat pengilangan; meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara di Asia seperti China, Jepun, Vietnam dan India. Tambahan pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-12 dalam senarai Doing Business 2020 Bank Dunia dan ke-27 dalam Daya Saing Dunia IMD 2020.

“Penarafan kedudukan Malaysia oleh agensi-agensi antarabangsa yang terkenal ini membuktikan bahawa inisiatif reformasi yang sedang dijalankan berada di landasan yang betul untuk meningkatkan lagi daya saing, produktiviti dan tadbir urus Malaysia yang akan membantu mempromosikan pelaburan dan mempercepat pembangunan ekonomi negara,” kata YB Dato’ Seri Azmin.

Namun begitu, pada akhir suku ketiga 2020, negara ini menyaksikan gelombang ketiga jangkitan COVID-19. Ini mendorong Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), untuk mencapai keseimbangan antara memelihara nyawa dan mata pencarian; membendung penyebaran virus sambil membiarkan aktiviti ekonomi dibuka. Kerajaan terpaksa mengenakan sekatan lebih lanjut melalui pengenalan PKP 2.0 akibat lonjakan virus yang tidak dibendung. Pelaksanaan PKP 2.0 dengan jelas telah menimbulkan persoalan adakah Malaysia masih dapat mengekalkan kepantasan dalam pemulihan ekonomi.

“Kerajaan, melalui MIDA, terus berada di barisan hadapan untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi dalam bidang teknologi dan inovasi untuk menempatkan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan alternatif di Asia. Pelabur pasti memperoleh nilai dengan memanfaatkan rangkaian industri sokongan tempatan Malaysia yang mapan dan tenaga kerja berbakat untuk menjalankan pengilangan produk berteknologi tinggi dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka di rantau ini, pada masa sekarang dan masa depan, ” tambah YB Dato ‘Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam usaha meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan bagi para pelabur di Malaysia, usaha MIDA telah dipergiat untuk memperkasakan proses perniagaan bagi meningkatkan kecekapan pelbagai fungsi organisasi. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk PACU@MIDA atau Unit Percepatan dan Koordinasi Projek yang menyediakan bantuan dari hujung ke hujung untuk semua projek yang diluluskan bagi memastikan pelaksanaan projek pelaburan dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan di negara ini. Selain itu, modul dalam talian, iaitu e-Lesen Perkilangan (e-ML), e-Insentif dan Aplikasi Dalam Talian JPC diwujudkan untuk mempercepat kelulusan yang diperlukan untuk lesen perkilangan, insentif dan pengecualian cukai bagi memudahkan pelaksanaan projek.

Disamping itu, walaupun terdapat penutupan sempadan antarabangsa yang sedang berjalan dan prosedur operasi standard pemerintah (SOP) yang ketat di seluruh dunia untuk membendung penyebaran virus COVID-19, MIDA terus responsif dalam memberikan nasihat dan sokongan kepada pelabur yang sedia ada dan berpotensi melalui penubuhan 20 pejabat di luar negara dan 12 pejabat wilayah. Pejabat-pejabat ini telah berada di hadapan untuk menarik pelaburan melalui aktiviti promosi pelaburan yang inovatif dan agresif. One-Stop-Centre (OSC) juga telah ditubuhkan di MIDA untuk menilai permohonan pelawat perniagaan yang layak untuk memasuki Malaysia untuk tujuan perniagaan dan pelaburan.

Sehingga Disember 2020, MIDA mempunyai potensi pelaburan bernilai RM65.9 bilion yang sedang dinilai secara aktif. Projek-projek ini, setelah diluluskan dan diharapkan dapat dilaksanakan dalam tahun 2021 hingga 2022. MIDA juga telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi, termasuk syarikat Fortune 500 di sektor perkilangan dan perkhidmatan, dengan gabungan nilai pelaburan berpotensi RM81.9 bilion. Ini termasuk rundingan yang sedang berlangsung dengan syarikat dari pelbagai sektor seperti automotif, kimia, dan elektronik canggih untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkilangan, perkhidmatan dan rantaian bekalan global bernilai tinggi.

“Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang baru dilancarkan oleh Kerajaan juga akan mempercepat kemajuan Malaysia untuk menjadi ekonomi maju dari segi teknologi. Rancangan 10 tahun ini akan meletakkan asas transformasi negara ke arah ekonomi digital yang maju dan membimbing MITI dan MIDA dalam usaha kita untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi pada masa depan,” kata YB Dato ‘Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaupun tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar dalam banyak hal, Malaysia tetap teguh dalam asasnya sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini. Ketika kita melangkah ke tahun baharu dalam membangunkan semula ekonomi, ditambah dengan pelancaran program vaksinasi nasional, Kerajaan tetap komited untuk mengutamakan keperluan rakyat dan perniagaan.

*****

Mengenai MIDA

MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategik bagi perniagaan dalam merebut peluang yang timbul dari revolusi teknologi pada era masa kini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mida.gov.my dan ikuti kami di saluran Twitter, Instagram dan Facebook, Linkedin dan Youtube.

Pertanyaan Media:

Manjit Kaur Balkar Singh (Puan)

Emel: [email protected] | Tel: +603-2267 3509

Malaysia Mencatatkan RM164 Bilion Jumlah Pelaburan Yang Diluluskan Pada 2020 Meskipun Pandemik Global


Content Type:

Duration:

wpChatIcon