China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia - Liew - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia – Liew

China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia – Liew

09 Jun 2023

Malaysia melihat China untuk terus berperanan sebagai rakan dagang terbesar negara ini bagi tempoh beberapa tahun akan datang berikutan kedudukannya sebagai sumber pelaburan utama.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ini termasuk kemungkinan besar penglibatan sebuah syarikat China yang juga pembekal utama bagi firma Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk melabur semula di negara ini susulan faktor ketegangan geopolitik di Barat.

“Malaysia sedang berusaha mengimbangi keadaan geopolitik itu agar dapat meraih manfaat daripada AS mahupun China.

Terdahulu, Liew menyampaikan ucap tama kepada peserta yang merangkumi kalangan syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembuatan di Pulau Pinang.

Acara sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu dianjurkan bersama oleh Bizsphere Sdn Bhd juga pengendali Smart4Wrd, satu platform kolaboratif mengenai Ekosistem Industry 4.0.

Ini adalah acara kedua dalam beberapa siri forum yang bermula di wilayah tengah pada Mac lepas dan disusuli dengan wilayah selatan dan timur serta di Sabah dan Sarawak.

Forum itu pula bertujuan memupuk kesedaran mengenai pelbagai sokongan kerajaan sedia ada bagi membantu penggiat tempatan memulakan perniagaan dalam usaha pengautomasian serta menggunapakai Industri 4.0 dan teknologi digital.

Selain itu, acara terbabit juga berperanan sebagai platform menggalakkan bantuan kewangan disediakan pihak Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) untuk syarikat dalam aspek menggalakkan usaha automasi dan pemodenan proses pembuatan, mempertingkat keupayaan dan kapasiti pengeluaran, produktiviti serta kecekapan menangani impak liberalisasi pasaran global.

Pada majlis sama, MIDF dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memeterai satu memorandum kerjasama bagi kemudahan proses menghubungkan syarikat tempatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan institusi kewangan itu dan membolehkan mereka mendapat akses ke atas pelbagai penyelesaian kewangan dan sokongan untuk aktiviti teknologi dan inovasi.

Ini akan turut melibatkan aktiviti promosi bersama MIDF dan NCER, sekali gus mewujudkan kempen sinergi pemasaran berkaitan agar saling membawa manfaat untuk pihak terbabit.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF Azizi Mustafa berkata institusi itu adalah penyokong kuat usaha automasi dan pemodenan, termasuk membantu mempercepat dan memudahkan PKS melaksanakan automasi dan pemodenan dengan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti NCIA.

“MIDF juga mahu meluaskan lagi jangkauan agar lebih banyak syarikat mendapat akses dan nasihat, khususnya kalangan PKS untuk memulakan usaha automasi dan pemodenan menerusi Industri 4.0,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon