ECRL sudah capai 27 peratus - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ECRL sudah capai 27 peratus

ECRL sudah capai 27 peratus

12 Feb 2022

Projek Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijadualkan siap pada Disember 2026 sudah mencapai kemajuan lebih 27 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata, projek yang membabitkan empat negeri, iaitu tiga di pantai timur dan Selangor itu berjalan lancar, walaupun berlaku kelewatan disebabkan masalah teknikal.

“Memang kita alami kelewatan tetapi dengan perkembangan sekarang kita boleh ‘catch up’ balik (dan). Secara keseluruhannya, boleh capai kemajuan lebih baik pada tahun ini.

“Insya-Allah, untuk jajaran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor iaitu jajaran Seksyen A,B, dan C1 akan siap pada Disember 2026 dan beroperasi pada 1 Januari 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Kastam di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Darwis berkata, pengambilan tanah bagi projek ECRL di Terengganu dan Pahang juga berjalan lancar.

Katanya, ia sudah mencapai tahap 89 peratus dan pengambilan tanah dijangka selesai pada 2023.

Rangkaian rel sepanjang 665 kilometer (km) yang merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 km serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127 km dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion dan dijadualkan siap pada Disember 2026.

Pembinaan membabitkan Jajaran Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun, manakala Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon