Equinix Akan Buka Pusat Data Di Kuala Lumpur Pada Suku Pertama Tahun Depan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Equinix Akan Buka Pusat Data Di Kuala Lumpur Pada Suku Pertama Tahun Depan

Equinix Akan Buka Pusat Data Di Kuala Lumpur Pada Suku Pertama Tahun Depan

12 Jun 2023

Syarikat infrastruktur digital yang tersenarai di Nasdaq, Equinix Inc (Equinix) bercadang untuk membuka pusat data di Kuala Lumpur pada suku pertama tahun depan berikutan pengumumannya tahun lepas untuk menjalankan operasi di Malaysia menerusi pembukaan pusat data di Johor.

Presiden Equinix untuk Asia-Pasifik, Jeremy Deutsch berkata syarikat itu telah menyaksikan Malaysia muncul sebagai lokasi yang semakin strategik untuk infrastruktur digital global.

“Menerusi pengembangan Platform Equinix di dua bandar paling strategik di Malaysia, kami akan membolehkan perniagaan dan syarikat multinasional Malaysia dengan kehadiran (operasi) di Malaysia untuk memanfaatkan platform yang dipercayai untuk menyatukan dan menghubungkan infrastruktur asas untuk memperkasakan kejayaan mereka.

“Kami percaya kedua-dua pusat data itu akan memacu momentum pusat data sedia ada Equinix dan menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab sambungan yang dipacu secara digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Dirangsang oleh pertumbuhan teknologi awan yang kukuh, penggunaan e-dagang dan pelaburan berterusannya dalam 5G, syarikat itu yakin Malaysia adalah salah satu pasaran pusat data yang paling pesat berkembang di rantau ASEAN dengan kebanyakan pembangunan dikaitkan dengan Johor dan Kuala Lumpur.

Equinix berkata pengembangannya dijangka menyediakan kapasiti infrastruktur digital lebih besar di Malaysia untuk menangani peningkatan permintaan daripada syarikat tempatan dan global yang berkembang di negara ini.

“Memandangkan Malaysia memasuki fasa dua Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, MyDIGITAL untuk ekonomi digital, permintaan untuk infrastruktur digital dijangka kekal kukuh.

“Menurut Synergy Research, Malaysia sudah pun menjadi pasaran lokasi bersama pusat data ketiga terbesar di rantau ASEAN dan diunjurkan mempunyai kadar pertumbuhan tahunan kompaun kira-kira 11 peratus dari tahun 2022 hingga 2027.

“Menerusi pengalaman global yang luas dalam menyokong pembangunan 5G, kemudahan baharu Equinix menyasarkan untuk mempercepatkan visi digital dibentangkan dalam pelan tindakan kerajaan, MyDIGITAL untuk mewujudkan Malaysia sebagai hab bagi penempatan bersama di ASEAN dan kuasa ekonomi digital serantau,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon