GSA peroleh operasi MRO RUAG International di Malaysia - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


GSA peroleh operasi MRO RUAG International di Malaysia

GSA peroleh operasi MRO RUAG International di Malaysia

15 Jun 2021

Global Systemes Asia Sdn Bhd (GSA) hari ini mengumumkan memperoleh operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebuah kumpulan teknologi dari Switzerland, RUAG International di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, GSA berkata langkah itu akan meningkatkan lagi keupayaan MRO helikopter dan pesawat GSA dengan ketara serta memberi sokongan kepada operasi Global Turbines Asia Sdn Bhd (GTA).

“Sinergi antara GSA-GTA dan RUAG kini menawarkan portfolio perkhidmatan yang dipertingkatkan dari segi penambahan komponen pesawat, pemula generator dan sistem elektrik dalam penawaran servis MRO GTA.

“Ini menjadikan GSA syarikat Malaysia pertama yang mempunyai portfolio ekosistem MRO yang lengkap merangkumi tentera (GTA) dan sivil (RUAG International),” katanya.

Pengerusi GSA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi, berkata pendekatan ini akan menghasilkan peluang kerjaya baharu dalam usaha transformasi industri aeroangkasa negara.

“Penubuhan perniagaan kolektif GTA-GSA juga akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk orang ramai serta dapat memberi manfaat yang besar kepada kumpulan syarikat, pelanggan, pemegang saham dan pihak berkepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras Kebangsaan Industri Aeroangkasa (NAICO), Prof Shamsul Kamar Abu Samah berkata pengambilalihan daripada GSA akan mempertingkat dan menentukan hala tuju jejak global serta rantau Malaysia untuk komponen segmen MRO.

“Selain mengembangkan lagi portfolio aeroangkasa semasa, GSA akan menjadi salah satu pemangkin utama dalam menarik rakan niaga berkualiti untuk mempertimbangkan Subang sebagai lokasi pilihan mereka di Asia Tenggara, sekali gus akan mengukuhkan lagi ekosistem MRO di Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon