Hampir semua pekerja PROTON divaksin menjelang Ogos - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hampir semua pekerja PROTON divaksin menjelang Ogos

Hampir semua pekerja PROTON divaksin menjelang Ogos

12 Jul 2021

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON) menjangkakan kebanyakan kakitangan akan mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos ini susulan program vaksinasi kepada semua pekerja bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, berkata pekerja di Tanjung Malim dan Shah Alam yang belum divaksinasi akan mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera yang berlangsung selama beberapa hari bagi memastikan kesemua yang mendaftar untuk memperoleh vaksin akan menerima dos pertama.

“PROTON berharap, menerusi proses vaksinasi kepada para pekerja, kami akan membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

“Inisiatif sama daripada syarikat lain diharap mampu menghidupkan semula industri automotif yang terhenti seketika semasa pelaksanaan kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, syarikat telah bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan untuk menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) bagi mempercepatkan usaha berkenaan di Tanjung Malim.

Li berkata, dengan kapasiti maksimum harian kira-kira 800 orang, PPVIN berkenaan akan beroperasi selama enam hari bagi memastikan warga PROTON serta pembekal di lokasi berkenaan akan mendapat vaksin.

Menurutnya, kakitangan di Shah Alam pula akan menerima vaksin di Pusat Konvensyen Shah Alam berikutan kekangan ruang di premis PROTON.

Susulan proses vaksinasi bagi dos pertama yang bermula hari ini, warga PROTON dijadualkan menerima dos kedua kira-kira tiga minggu lagi.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon