Hartanah Malaysia kekal jadi pilihan pelabur China - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hartanah Malaysia kekal jadi pilihan pelabur China

Hartanah Malaysia kekal jadi pilihan pelabur China

20 Sep 2022

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan hartanah bagi pelabur China kerana kelembapan pasaran hartanah di negara itu telah membawa kepada peningkatan pelaburan hartanah di luar negara, terutamanya di Asia Tenggara.

Juwai IQI berkata, ramai pembeli China percaya pasaran hartanah Malaysia akan pulih daripada kelemahannya ketika ini pada tahun depan, yang seterusnya dapat membantu mereka meraih keuntungan daripada pelaburan.

Kumpulan teknologi hartanah Asia itu berkata, ekonomi Malaysia pulih dengan pantas daripada pandemik dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh 2022 dijangka mencecah 5.5 peratus.

“Malaysia terletak berdekatan dari segi geografi, kos hidup berpatutan dan menawarkan gaya hidup menarik kepada pembeli dari China, terutamanya yang tinggal di kawasan utara yang lebih sejuk.

“Selain itu Program Visa Premium (PViP) baharu Malaysia juga membuka pintu kepada golongan migran yang kaya yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini. Ia adalah langkah terkini ke arah mentransformasikan penekanan dasar imigresen Malaysia daripada kuantiti kepada kualiti,” katanya dalam satu laporan bertajuk ‘China Property Slowdown Drives Southeast Asia Property Investment’.

Juwai IQI percaya program visa baharu ini akan berjaya menarik hampir kepada sasarannya 1,000 peserta pada tahun pertama.

“Syarat-syaratnya tidak begitu ketat dan manfaat tinggal di Malaysia menggunakan visa jangka panjang adalah sangat menarik.

“Orang asing mahu dapat tinggal dan bekerja di sini, menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa tempatan dan tidak perlu bimbang untuk memperbaharui visa mereka setiap enam atau 12 bulan,” katanya.

Di rantau Asia Tenggara, selain Malaysia, pelaburan hartanah utama oleh pelabur China adalah di Thailand dan Vietnam.

“Kami percaya China akan mengekalkan pendekatan sifar COVID-19 sekurang-kurangnya sehingga ke suku pertama 2023 dan negara itu kemungkinan tidak akan dibuka semula sepenuhnya sehingga sekurang-kurangnya suku ketiga 2023,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon