Industri halal berperanan penting pacu pemulihan ekonomi - PM - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Industri halal berperanan penting pacu pemulihan ekonomi – PM

Industri halal berperanan penting pacu pemulihan ekonomi – PM

09 Sep 2021

Industri halal Malaysia memainkan peranan utama dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana pemulihan industri itu penting kepada ekonomi negara yang mempunyai majoriti umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PPN yang mempunyai empat fasa peralihan merupakan pelan dinamik yang akan dikemas kini serta ditambah baik berdasarkan data terkini dan bukti saintifik kepada pendekatan dan strategi yang berjaya, sekali gus membuka kembali semua aktiviti ekonomi pada akhir tahun ini.

Menurut beliau, negara bergelut untuk mengimbangi keselamatan rakyat pada masa sama memastikan ekonomi terus dipacu.

“Sekatan pergerakan di seluruh negara telah memberi impak besar kepada operasi banyak perniagaan, menjejaskan rantaian bekalan dan mengancam kelangsungan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana selain menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan,” kata Ismail Sabri.

Teks ucapan beliau itu dibacakan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pelancaran Persidangan Perniagaan Halal Antarabangsa 2021 (WHBC 2021) yang berlangsung secara maya hari ini.

Bagaimanapun, beliau akui pewujudan Revolusi Industri 4.0 telah mentransformasi landskap perniagaan.

“Mesin pembelajaran, pengkomputeran awan dan ‘Internet of Things’ termasuk blok rantaian dan teknologi kewangan (fintech) telah secara hebat mengubah cara kita mengendalikan aktiviti perniagaan.

“Ini menunjukkan bahawa pemegang taruh industri halal mempunyai pelbagai peluang untuk meningkatkan kapasiti industri, memandu peningkatan produktiviti dan menambah baik kecekapan,” katanya lagi.

Justeru, beliau meminta pemain industri halal untuk saling bekerjasama demi meningkatkan perdagangan antarabangsa dan jalinan pelaburan meneriso platform global seperti WHBC ini.

Sumber: Astro Awani

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon