Johor terima pelaburan RM4.5 bilion dari Korea Selatan sejak 10 tahun lepas - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Johor terima pelaburan RM4.5 bilion dari Korea Selatan sejak 10 tahun lepas

Johor terima pelaburan RM4.5 bilion dari Korea Selatan sejak 10 tahun lepas

17 Mei 2023

Johor menerima pelaburan bernilai RM4.5 billion dari Korea Selatan menerusi 80 projek sejak 10 tahun lepas yang telah mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor Lee Ting Han berkata pelabur dari Korea merupakan antara pelabur antarabangsa yang menjadi tumpuan utama negeri itu.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk menganjurkan forum perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan baharu datang ke Johor. Tahun ini ada tiga atau empat syarikat dari Korea Selatan yang tunjukkan minat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Johor-Korea 2023, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae.

Lee berkata fokus kerajaan negeri terhadap pelaburan dari Korea Selatan melibatkan syarikat berkaitan kimia, petrokimia dan pembuatan berikutan kepakaran yang dimiliki negara itu.

“Dari segi ‘ranking’, Korea Selatan berada pada kedudukan ketiga atau keempat daripada negara asing yang membuat pelaburan terbesar di Johor, tempat pertama biasanya antara China atau Singapura, manakala Korea Selatan dan Jepun menduduki tempat ketiga atau keempat,” katanya.

Mengenai forum perniagaan tersebut, beliau berkata, ia melibatkan seramai 60 delegasi perniagaan dari Korea Selatan dan juga Johor untuk melakukan padanan perniagaan serta meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Menerusi langkah ini, kita bukan sahaja membawa masuk pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi juga pekerjaan berimpak tinggi yang akan memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada modal insan tempatan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon