Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia berjumlah RM20 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia berjumlah RM20 bilion

Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia berjumlah RM20 bilion

23 Ogo 2022

Kedah mencatat nilai pelaburan yang diluluskan mencecah hampir RM20 bilion pada suku kedua tahun ini, sekali gus membuktikan negeri itu kini menjadi antara lokasi pilihan pelabur tempatan dan luar negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata jumlah pelaburan itu mengatasi sasaran awal ditetapkan kerajaan negeri bagi tahun ini iaitu berjumlah RM10 bilion.

“Setakat suku kedua 2022, Kedah hampir pasti menerima pelaburan dalam pelbagai sektor bernilai sehingga RM20 bilion dan ia setakat ini adalah jumlah pelaburan tertinggi direkodkan di Malaysia.

“Aliran pelaburan asing dan domestik masuk ke Kedah ini berjaya membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri selain turut mewujudkan ribuan peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Projek Loji Melamina di Zon Industri Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof.

Muhammad Sanusi berkata, tahun lalu Kedah menduduki tempat kedua dengan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM68.3 bilion yang menjadi rekod tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha menarik lebih ramai pelabur melalui kaedah memudahkan kemasukan pelaburan dari segi kemudahan, urusan dan proses yang pantas.

“Sebagai contoh, pelaksanaan projek loji melamina ini dilihat sebagai amat strategik, bermanfaat dan mampan. Ia adalah bukti kepercayaan dan pengiktirafan pelbagai pihak terhadap keupayaan kerajaan negeri dan penduduk tempatan dalam menyumbang kepada kejayaan pelaburan serta pertumbuhan ekonomi.

“Projek ini bakal mengukuhkan lagi kawasan perindustrian Gurun sebagai sebuah zon pengeluar bahan kimia khusus bertaraf antarabangsa di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon