Kembara Kategori 1, 3 tak perlu RTK-Ag kendiri, profesional - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kembara Kategori 1, 3 tak perlu RTK-Ag kendiri, profesional

Kembara Kategori 1, 3 tak perlu RTK-Ag kendiri, profesional

28 Feb 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menggugurkan keperluan menjalani ujian RTK-Ag secara kendiri mahupun profesional membabitkan pengembara dari Kategori 1 sehingga 3.

Turut digugurkan keperluan pegawai pengiring bagi pelawat perniagaan jangka pendek di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Perkara itu diumumkan menerusi kemas kini prosedur KKM yang akan berkuatkuasa 3 Mac ini, bersandarkan semakan dari semasa ke semasa berkaitan prosedur pengurusan pengembara yang tiba dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun ujian pengesanan COVID-19 yang perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dan ketibaan di negara ini masih dikekalkan seperti protokol sedia ada.

Berdasarkan penilaian risiko situasi COVID-19 dilaksanakan KKM secara berterusan, beliau berkata, kementerian memutuskan untuk menggugurkan keperluan menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan bagi pengembara dari Kategori 1 hingga 3.

Turut digugurkan, keperluan menjalani ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan bagi pengembara dari Kategori 1 hingga 3, selain keperluan menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag (profesional) bagi pengembara di bawah LITB sebelum keluar dari Pulau Langkawi.

KKM juga memutuskan untuk menggugurkan keperluan menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) pada setiap hari sepanjang tempoh kuarantin wajib bagi pengembara umum yang tiba dari United Kingdom (UK).

Turut digugurkan, katanya keperluan pegawai pengiring bagi pelawat perniagaan jangka pendek di bawah MIDA yang menggunakan kemudahan One-Stop Centre (OSC) untuk memasuki Malaysia.

“Bagaimanapun, mereka masih perlu mengikuti jadual program terkawal yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa OSC,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Khairy berkata, prosedur baharu ini hanya terpakai bagi pengembara yang memasuki Malaysia melalui program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan OSC untuk pelawat perniagaan jangka pendek.

Selain keperluan menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dua hari sebelum berlepas dan sewaktu ketibaan di Malaysia, beliau berkata pengembara dari kategori yang dinyatakan adalah tertakluk kepada beberapa keperluan.

Antara keperluan berkenaan katanya, adalah menjalani ujian RTK-Ag kendiri pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan, di mana pengembara terbabit bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan ujiannya melalui aplikasi MySejahtera.

“Menjalani ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan.

“Ketetapan hampir serupa turut dikenakan ke atas pengembara umum yang tiba dari UK iaitu mereka perlu menjalani ujian RTK-Ag atau RTK-Ag kendiri pada setiap hari sepanjang tempoh kuarantin wajib dan perlu melaporkan keputusan ujiannya melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon