Kerajaan lulus 1,200MW kuota baharu tenaga sumber solar - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan lulus 1,200MW kuota baharu tenaga sumber solar

Kerajaan lulus 1,200MW kuota baharu tenaga sumber solar

29 Ogo 2022

Kerajaan meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat (MW) bagi sumber solar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuota baharu itu akan diagihkan untuk pelaksanaan program di bawah mekanisme sedia ada termasuk skim New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.

Katanya, kuota itu juga terpakai untuk penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baharu seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat data baharu serta penjanaan hidrogen hijau dan sebagainya.

“Kuota ini juga bagi penyediaan opsyen baharu perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya atau Virtual Power Purchase Agreement (VPPA), mulai suku tahun keempat 2022, dengan tawaran kuota 600MW,” katanya mengumumkan perkara itu pada Majlis Perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon