Kerajaan umum pakej PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion untuk tingkat ekonomi, bantu rakyat- PM - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan umum pakej PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion untuk tingkat ekonomi, bantu rakyat- PM

Kerajaan umum pakej PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion untuk tingkat ekonomi, bantu rakyat- PM

31 Mei 2021

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif dengan tiga matlamat utama untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat di tengah-tengah langkah sekatan pergerakan untuk membendung peningkatan jangkitan pandemik COVID-19.

Tiga matlamat utama itu adalah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda prihatin sebanyak RM33 bilion dan memyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 billion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanan Perinthk Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” katanya dalam satu pengumumkan di sini, hari ini.

Antara inisiatif untuk rakyat ialah bantuan Prihatin Rakyat Tambahan, bantuan pinjaman bersasar, program subsidi upah, perlindugan undang-undang, geran khas prihatin, bantuan bas/teksi/e-hailing, diskaun bil elektrik, insentif dan juga fasiliti SRF Bank Negara Malaysia (BNM).

Semenjak COVID-19 melanda negara, kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 billion, katanya.

Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini, kata Perdana Menteri.

Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion.

“Dengan suntikan fiskal dan langkah yang telah diumumkan, kita dapat lihat ekonomi semakin pulih, menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan,” katanya.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada bulan Mac tahun ini melonjak sebanyak 6.0 peratus, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon