Kilang biometana Johor Plantations mula beroperasi - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kilang biometana Johor Plantations mula beroperasi

Kilang biometana Johor Plantations mula beroperasi

01 Jun 2023

Johor Plantations Bhd telah memulakan operasi komersil di kilang biometana pertamanya yang terletak di Sedenak, Johor.

Pengarah Urusan Johor Plantations, Mohd Faris Adli Shukery, berkata pelaburan itu adalah sejajar dengan strategi jangka panjang syarikat dan mencerminkan kepercayaan mereka terhadap potensi pengkomersilan biometana.

“Ia juga menandakan komitmen Johor Plantations untuk mempelbagaikan barisan perniagaan kami dan menerokai teknologi hijau.

“Kami amat percaya bahawa pengeluaran tenaga boleh diperbaharui melengkapkan perniagaan kelapa sawit kami, dan menyumbang bukan sahaja kepada prestasi kewangan kami tetapi juga kepada kelestarian alam sekitar kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kilang itu mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran gas asli Gas Malaysia Bhd (GMB) yang menandakan pencapaian baharu ke arah cita-cita Johor Plantations untuk menyediakan penyelesaian tenaga mampan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Johor Plantations adalah antara syarikat perintis di Malaysia untuk membina loji biometana dan membekalkannya kepada Gas Malaysia.

Perjanjian pembelian gas yang ditandatangani antara anak syarikat Johor Plantations, Kulim Green Energy Venture Sdn Bhd (KGEV) dan anak syarikat GMB, Gas Malaysia Virtual Pipeline Sdn Bhd (GMVP) telah dirasmikan pada 8 Oktober 2019.

Melalui perjanjian ini, GMVP akan mendapatkan biometana daripada KGEV untuk tempoh kontrak 15 tahun yang membolehkannya mendapatkan bekalan gas hijau yang stabil.

Dengan nilai projek kira-kira RM25 juta, inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan volum tahunan minimum 250,000 MMBtu gas biometana kepada GMVP yang juga akan menyumbang kepada ekonomi pekeliling dan menggalakkan tenaga mampan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, pelaburan itu adalah sejajar dengan strategi jangka panjang syarikat dan mencerminkan kepercayaan mereka terhadap potensi pengkomersilan biometana.

Katanya, ia juga menandakan komitmen Johor Plantations untuk mempelbagaikan barisan perniagaan mereka dan menerokai teknologi hijau.

“Kami amat percaya bahawa pengeluaran tenaga boleh diperbaharui melengkapkan perniagaan kelapa sawit kami, dan menyumbang bukan sahaja kepada prestasi kewangan kami tetapi juga kepada kelestarian alam sekitar kami.

“Kami menantikan usaha niaga yang berjaya dengan rakan kongsi perniagaan kami dan berharap usaha kami akan menjadi penanda aras, memberi inspirasi dan menggalakkan pengilang minyak sawit lain untuk menerokai tenaga boleh diperbaharui.

“Kami mengiktiraf potensi besar dalam tenaga boleh diperbaharui dan berdasarkan latar belakang yang menggalakkan ini, kami berharap dapat memanfaatkannya semasa kami bergerak ke hadapan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon