Kongres Inovasi dan Teknologi tingkatkan sektor IT Malaysia - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kongres Inovasi dan Teknologi tingkatkan sektor IT Malaysia

Kongres Inovasi dan Teknologi tingkatkan sektor IT Malaysia

15 Sep 2022

Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2022, yang dianggap sebagai temasya Olimpik untuk industri IT dunia, berakhir hari ini, menjadi platform utama di pentas dunia untuk perbincangan yang inovatif.

Pengerusi Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Pengerusi Penganjur WCIT 2022 Dr Sean Seah berkata lebih 4,000 delegasi dari lebih 60 negara menghadiri acara selama tiga hari itu.

Seah berkata inisiatif Malaysia Digital (MD), sebelum ini dikenali sebagai MSC Malaysia meraih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM42 bilion dan pelaburan langsung domestik (DDI) lebih RM4 bilion.

“Pelaburan ini akan meningkatkan lagi kemajuan teknologi Malaysia,” katanya dalam ucapan penutup hari ini.

Seah berkata WCIT 2022 telah mengurangkan jurang teknologi antara Malaysia dan beberapa negara paling maju di dunia.

Katanya PIKOM akan terus menambah baik infrastruktur, meningkatkan pekerjaan dan menggalakkan inovasi teknologi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata WCIT 2022 telah memenuhi janjinya untuk menjadi pemangkin dalam mengekalkan pemulihan ekonomi dan digital Malaysia pasca pandemik dengan meraih pelaburan.

“Pelaburan digital yang diumumkan pada WCIT 2022 dijangka mewujudkan lebih 25,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, World Information Technology and Services Alliance telah memilih Malaysia untuk menganjurkan acara itu pada tahun depan di Kuching, Sarawak.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon