KPLB sasar tingkat kebolehpasaran pelajar TVET - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


KPLB sasar tingkat kebolehpasaran pelajar TVET

KPLB sasar tingkat kebolehpasaran pelajar TVET

16 Jan 2022

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh institusi pendidikan di bawah kementerian itu bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini kebolehpasaran pelajar lepasan TVET di bawah KPLB berada pada 87 hingga 88 peratus dan ia boleh ditingkatkan dengan mengenal pasti kemahiran yang benar-benar boleh dipadankan dengan industri.

“Kebanyakan negara telah memperkukuhkan bidang TVET ini dengan melihat ia betul-betul boleh matching (dipadankan) dengan industri. Dalam TVET ini ada banyak bidang dan peringkat kelulusan bermula dengan persijilan, diploma dan ijazah.

“Tetapi setiap peringkat kelulusan itu perlu matching (padan) dengan kehendak industri yang ada, contohnya dalam industri minyak dan gas atau automatif apakah kemahiran yang industri itu perlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar bantuan persekolahan di sini semalam.

Menurutnya, KPLB juga perlu memastikan semua kursus TVET yang ditawarkan mempunyai kekuatan agar dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berkemahiran dan mudah mendapat pekerjaan sebaik mereka menamatkan pengajian.

Mahdzir berkata pihaknya juga akan mencari jalan untuk menyusun semula bagi mengurangkan pertindihan kursus latihan yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pendidikan di bawah kementerian itu.

“Maknanya kalau ada institusi yang telah menawarkan kursus automatif contohnya, institusi lain tidak perlu menawarkan kursus yang sama,” katanya.

Untuk rekod KPLB mempunyai pelbagai institusi pendidikan berkaitan TVET antaranya termasuk Giatmara, German Malaysia Institute (GMI), UniKL, Kolej Profesional Mara, Kolej Yayasan Pelajaran Mara dan Institut Kemahiran Mara.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon