Malaysia berpotensi jadi hab penyimpanan bahan api hijau serantau - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia berpotensi jadi hab penyimpanan bahan api hijau serantau

Malaysia berpotensi jadi hab penyimpanan bahan api hijau serantau

26 Jun 2023

Malaysia berpotensi untuk berkembang menjadi hab penyimpanan bahan api hijau serantau dengan sokongan industri dan kerajaan, menurut kajian oleh Kerajaan Australia melalui Perkongsian untuk Infrastruktur (P4I).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia berkata ini adalah bersandarkan penemuan awal kajian berterusan yang dikongsi oleh pakar maritim P4I Dr Jonathan Beard pada Persidangan Perkapalan Hijau yang berlangsung sempena Minggu Maritim Malaysia baru-baru ini.

“Kajian itu juga mendapati metanol merupakan bahan api hijau pilihan yang menerima pelaburan paling banyak daripada syarikat perkapalan,” menurut kenyataan itu.

Kajian melalui P4I itu dilaksanakan atas permintaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) supaya lebih memahami penyimpanan sifar karbon selain meneroka potensi tapak mengisi minyak hijau di Malaysia.

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Malaysia mengambil bahagian sebagai rakan kongsi dalam kajian rintis itu.

“Kami berharap kejayaan pelaksanaan inisiatif ini akan menjadi pengubah cara dalam mentransformasikan industri maritim serantau dan seterusnya menggalakkan peluang untuk Malaysia menerajui bidang penghapusan karbon maritim,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen dalam kenyataan itu. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon